Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Pengat pisang yang enak dimakan petang atau malam


 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. Sesekali makan pengat pisang, memang happening. Rasa enak aje lalu kat tekak. Itupun kalau ada rezeki dapat pisang yang boleh dibuat pengat. Kekadang tu, kat pasar or kedai ada pisang untuk makan or buat cekodok je. Takpelah rezeki Allah nak beri try menu lain waktu tertentu.

Ini resipinya jika anda nak cuba masak untuk family. Ayah mertua saya suka pengat pisang ni. 

Bahan:
2 biji pisang tanduk
2 helai daun panda, disimpul
500 ml air
500 ml santan
Secubit garam
1 ketul gula melaka, dipotong dua
1/3 cawan gula pasir

Penyediaan: 
1. Pisang tanduk dipotong sederhana tebal. Ketepikan.
2. Dalam periuk, satukan air ,gula pasir, gula melaka dan daun pandan. Masak hingga mendidih. Masukkan secubit garam. Biar mendidih.
3. Kemudian, masukkan pisang dan santan. Kacau perlahan dan rasa jika perlu tambah lagi gula atau tidak (kot ada yang nak manis skit lagi). Masak hingga pisang agak lembut. Jika ok, tutup api dan siap untuk dihidang pengat pisang kita pada keluarga.

Resipi gulai pucuk paku dengan ikan tenggiri yang marveles


 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Gulai pucuk paku dengan ikan tenggiri, one of my favourite gulai. Ada ikan, ada sayur dan berkuah. Bila makan dengan nasi, dapat tambah kicap dan popodam skit, dah sedap. Alhamdulillah. Try lah. Mungkin afa family anda suka.

Bahan:
2 ikat sayur pucuk paku
1 kotak santan (250ml)
5 keping ekor ikan tenggiri siap digoreng
2 ulas bawang merah
7 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
2 batang serai dititik
2 sudu besar minyak masak
garam secukup rasa


Penyediaan:
1. Bersihkan pucuk paku & potong bahagian daun & batang yang lembut sahaja.
2. Kisar halus bawang merah , cili api & kunyit dengan sedikit air. Ketepikan.
3. Masukkan minyak masak dalam kuali yang panas. Tumis bahan kisar halus ke dalam periuk. Masak di atas api perlahan & kacau sehingga kuah mendidih. Masukkan serai dan masak lebih kurang 5 minit.
4. Kemudian masukkan santan dan kacau. Masak hingga mendidih. 
5. Selepas itu, masukkan pucuk paku & ikan tenggiri sehingga pucuk paku lembut sepenuhnya. Perasakan dengan sedikit garam.Kacau sebentar & tutup api. Siap gulai pucuk paku dengan ikan tenggiri.

Hanya kos RM2.50, dapat menu taugeh kucai goreng yang semua orang suka


 Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Menu taugeh kucai goreng, menu mudah yang kosnya hanya dalam RM2.50 aje. Murahkan. InsyaAllah sedap berkhasiat.

Bahan:
1 genggam taugeh
1/2 genggam kucai dipotong kasar
1 ketul tauhu digoreng dan hiris kasar
1/2 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 tangkai cili merah dihiris kasar
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Penyediaaan:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar dan bawang putih hingga sedikit garing. Masukkan cili merah dan kacau rata guna api sederhana.
2. Masukkan taugeh dan kucai, gaul mesra. Masukkan pula tauhu dan perasakan dengan sedikit garam. Masak sekejap dan siap untuk dihidang. Enak dimakan taugeh kucai goreng ini dengan apa sahaja lauk berat yang lain.



Biskut Chocolate Chips yang sedap, rangup dan tahan lama


 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Biskut chocolate chips rangup ni, biskut raya kegemaran keluarga saya. Cuma lambat skit share sebab busy buat kerja lain dulu. Biskut ni resipi mama saya. Kami ambil dari buku resipi dia masa muda. Kiranya ini resipi turun-temurun dari keluarga kami. Anda boleh cuba. InsyaAllah sedap, rangup dan bertambah makannya. Jangan katakan orang tua, budak-budak mahupun pasti makan lebih dari sekeping. 

Bahan:
1 cawan mentega (100gm)
1 cawan gula ising (100gm)
2 biji telur saiz B
1 sudu kecil soda bicarbonate
1 cawan crunchy peanut butter
1 cawan gula perang
2 1/2 cawan tepung gandum diayak
2 sudu kecil serbuk koko
2 cawan cip coklat
1 pek coklat nips/m&m
2 sudu kecil emplex (untuk menggaringkan biskut)


Penyediaan:
1. Pukul mentega dengan peanut butter hingga sebati. Masukkan gula ising & gula perang & pukul lagi. 
2. Masukkan telur & gaul rata. Guna spatula je. Masukkan tepung gandum, soda bicarbonate, serbuk koko & emplex. Gaul hingga mesra. 
3. Masukkan cip coklat & kacau perlahan-lahan.
4. Panaskan oven pada suhu 180° api atas bawah. 
5. Sapukan sedikit dasar loyang dengan mentega. Kemudian, sudukan adunan dengan sudu kecil & letakkan dia atas loyang. Bakar selama 20 minit. Jika untuk kanak-kanak, boleh letak nips/m&m di atas adunan kecil sebelum dimasukkan dalam oven. Biskut chocolate chips rangup ini insyaAllah bertahan dalam balang tak sampai sebulan sebab sedap sangat.



Resipi lajen daging dengan kacang panjang yang menggamit rasa


Assalammualaikum dan salam sejahtera. Menu lajen daging dengan kacang panjang ni saya dapat dari TikTok Angah Raja Lawak. Bila tengok dia masak, terus teringat yang dahulu saya pernah makan daging ,asak macam gini. Cuma tak ingat bila dan di mana. Alhamdulillah, dapat cuba resipi yang lagen ni dan rasanya tak mengecewakan. 

Bahan-bahan:
 200gm daging dihiris 
7 batang kacang panjang dikerat kasar
1 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih didadu
1 batang cili merah dihiris
2 sudu besar sos tiram
1/3 cawan air kosong
1/4 cawan air tepung jagung
Minyak untuk menggoreng
1/2 sudu kecil garam

Penyediaan:
1. Panaskan 1/2 cawan minyak dalam kuali. Bila minyak panas, goreng kacang panjang dahulu lebih kurang seminit. Angkat & toskan.
2. Goreng hirisan daging pula. Goreng sehingga air yang keluar dari daging berkurangan & warna daging seperti dah masak. Lebih kurang dalam 5-7 minit gitu. Angkat & toskan. 
3. Kurangkan minyak dalam kuali sehingga tinggal dalam 2 sudu besar. Goreng bawang besar & bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili merah. Kacau sebentar.
4. Masukkan pula daging ke dalam kuali & gaul mesra. Masukkan air kosong & kacau hingga mesra. Masukkan pula sos tiram. Kacau.
5. Masukkan kacang panjang & garam. Gaul sebentar & masukkan air tepung jagung. Kacau-kacau dan siap. Sedia untuk dihidang lauk daging dengan kacang panjang kita. 

Terung salut tepung yang confirm sedap terangkat


 Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Terung salut tepung, resipi mudah bila ada ekstra terung dibeli dari Cameron Highlands. Guna aje tepung bestari, siaplah menunya.

Bahan-bahan:
1 biji terung saiz besar
2 biji telur
2 cawan tepung bestari
Minyak untuk menggoreng

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali guna api sederhana. Hiris terung & letakkan dalam mangkuk berair (supaya terung tak lebam).
2. Pecahkan telur dalam mangkuk berasingan. Kemudian 1 mangkuk lagi berisi tepung bestari pedas.
3. Setelah minyak panas, sadurkan terung dengan tepung dahulu kemudian telur dan sadur kembali tepung. Perlahan-lahan masukkan dalam kuali. Masak hingga kedua-dua bahagian kekuningan. Angkat & toskan. Goreng sehingga terung dihiris habis. Hidangkan untuk minum petang atau boleh juga makan dengan nasi. 

Babka, roti manis sedap yang dimakan begitu sahaja dah sedap


 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera, Roti babka ni saya start beli tahun lepas kalau tak silap. Di Ampang Point. Bila makan satu, tetiba rasa macam cinnamon rolls. Tapi bila tengok pintal-pintal dia, dah sah kena belajar buat. Alhamdulillah menjadi dan encik suami yang tolong pintalkan (sebab bini dia dok amik video).

Saya try buat 2 jenis babka. Coklat dan kayu manis. Ramai orang tua suka kayu manis lagi.


Bahan-bahan:
550g tepung gandum
2 ½ sudu kecil yis
2 biji telur
160g susu biasa, suhu bilik
55g gula kastor
1 sudu kecil vanila ekstrak
2 sudu kecil garam
140g mentega unsalted + untuk salutan loyang
Untuk inti, boleh pilih nak guna gula + kayu manis atau coklat.


Penyediaan:
1. Campurkan tepung dan yis dalam satu mangkuk. Kacau.
2. Dalam mangkuk lain, masukkan telur, susu, gula, vanila ekstrak & garam. Kacau hingga mesra &

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...