Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Lempeng kelapa sambal tumis, menu oldies yang sentiasa kena dengan tekak tak kira masa. Menu sedap makan dengan apa jenis sambal mahupun serunding, on aje. Jika tak suka kelapa, boleh aje tak nak letak (kot ada alergik sakit tertentu). Sejak mak saya ada hernia, makanan berangin, mangga, santan, kelapa, labu, semuanya tak berapa boleh makan banyak. Setakat rasa aje boleh. Sebab, jika makan banyak, confirm hernia tu akan buat perut tak selesa dan meragam. Paling parah, asyik nak membuang aje.
Ini resipi lempeng kelapa sambal tumis untuk anda cuba. Harga barang tak mahal mana dan boleh dapat berkeping-keping untuk adunan ni. Ia menu sarapan ataup petang paling simple dan pasti bertambah bila dah kena sekeping 😊
Bahan:
2 cawan tepung gandum
4 cawan kelapa parut
2 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
1/2 cawan air kelapa atau air biasa
Sedikit minyak untuk laser/sapu di kuali
Kuali leper atau non-stick pan
Penyediaan:
1. Campurkan kelapa, tepung, gula & garam dalam satu bekas. Gaul mesra. Kemudian masukkan air kelapa atau air biasa ke dalam bekas campuran tadi. Gaul hingga sebati. Jangan terlalu pekat atau jangan terlalu cair adunannya.
2. Panaskan kuali dengan api sederhana & sapukan permukaan kuali dengan minyak. Setelah panas, masukkan sesenduk besar adunan kelapa tadi & ratakannya ikut saiz yang anda mahu. Setelah bahagian bawah masak, terbalikkan untuk masak bahagian atas. Setelah kedua-dua bahagian masak, angkat & letakkan di pinggan besar. Masak baki adunan tadi sehingga habis.
3. Untuk sambal bilis, anda boleh aje gunakam resipi feveret anda. Jika nak makan dengan sambal sardin atau serunding pedas pun, sangat disarankan 😃
Tiada ulasan:
Catat Ulasan