Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
Ahad, 12 Disember 2021
Patin masak tempoyak, sekali makan nak makan lagi
Assalammualaikum & Salam Sejahtera,
Dah lama tak makan gulai tempoyak. Tetiba angin kus-kus datang menyapa bila tengok gulai tempoyak kat PD haritu 😁
So, harini ada rezeki Allah beri nak masak menu ni. Stok tempoyak ada, ikan patin pun dapat 5 keping untuk belian sekilo.
Bahan:
5 keping ikan patin
1 senduk tempoyak
3 cawan air
2 tangkai cili merah
1/2 cawan cili padi merah
1 inci kunyit hidup
Secekak daun kesum
Sedikit garam & gula
Jika tempoyak tak berapa masam, masukkan 1 keping asam keping
Penyediaan:
1. Tumbuk/kisar cili merah, cili padi & kunyit hidup. Jangan terlalu lumat. Kemudian, masukkan bahan kisar/tumbuh dalam mangkuk & masukkan tempoyak. Gaul mesra.
2. Masukkan ikan & bahan tadi ke dalam periuk or kuali. Masak dengan api perlahan sehingga ianya menggelegak. Kacau sekali sekala.
3. Setelah menggelegak & kelihatan isi lembut (jika bahagian kepala tak keluar darah lagi), masukkan daun kesum & kacau perlahan-lahan. Masak dalam 2-3 minit & bolehlah tutup api. Siap untuk dihidang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan