Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Jumaat, 25 Februari 2022

Puding Markisa yang enak dimakan sejuk-sejuk


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera Semua.

Moga anda yang membaca post ini diberikan kesihatan yang baik, sentiasa ceria & dipermudahkan segala urusan memasak untuk yang tersayang. Buah ni saya perolehi bila ke Desaru dalam bulan 12 lepas. Masa ni dok fikir, menu apa yang sesuai untuk buah markisa/passion fruits. Puaslah godek web food network. Akhirnya, dapatlah cuba resipi ini. Ini bahannya. 

Bahan:
3 biji buah Markisa diambil isinya
1 peket agar-agar
800 ml air
600 ml susu dutch lady
250 gm gula pasir
3-4 titis pewarna kuning

Penyediaan:
1. Masak agar-agar bersama air dan gula hingga gula & agar-agar hingga larut.
2. Ambil sedikit agar yang dimasak dalam 2-3 senduk & campurkan bersama biji buah markisa tadi.
3. Tuang dalam acuan yang telah dibasahkan dengan air (bagi memudahkan proses mengeluar agar-agar dari bekas). Biarkan ia seketika
4. Baki agar-agar tadi dicampurkan dengan susu & masak hingga sedikit mendidih. Tutup api dapur.
5. Titis pewarna kuning & kacau rata. Setelah agar-agar sedikit kurang panasnya, perlahan-lahan tuang atau sendukkan atas puding markisa tadi. Biarkan sejuk sebentar & simpan dalam peti ais lebih kurang 3 jam. Enak di makan sejuk-sejuk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...