Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Jumaat, 15 Februari 2019

Spaghetti Aglio Olio Ayam Salai dengan Pepperoni.


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Resipi ni mudah tapi sedikit renyah namun berbaloi apabila makan. Bukan renyah sebab apa, pepperoni tu nak kena goreng dahulu manakala ayam pula kena panggang atas kuali dengan minyak+butter sedikit.

Ini resipinya.
Bahan Ayam Salai:
2 keping dada ayam
1 sudu kecil paprika
1 sudu kecil serbuk cayenne
1 sudu kecil lada hitam
1/2 sudu kecil garam
Sedikit mentega + minyak zaitun untuk salai

Penyediaan:
Gaul semua bahan pada ayam. Panaskan kuali leper & masukkan mentega+garam. Setelah panas, salai ayam dalam kuali sehingga kedua2 bahagian masak. Ketepikan.


Bahan spaghetti:
1/2 pek spaghetti yang siap direbus
1 biji bawang besar dihiris
4 ulas bawang putih dihiris
4 tangkai cili kering digunting kasar
1/2 cawan air
1 tangkai cili merah disalai & dihiris
Hirisan ayam salai
1/2 cawan pepperoni dipotong 3 setiap keping
1 sudu kecil oregano
1 sudu besar chilli flakes
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil garam
Minyak zaitun untuk menggoreng

Penyediaan:
1. Panaskan kuali & masukkan minyak zaitun. Setelah panas, masukkan bawang besar dahulu. Goreng sebentar & kemudian masukkan bawang putih & cili kering. Goreng hingga sedikit garing & kemudian masukkan air. Gaul sebentar hingga air mendidih.
2. Masukkan spaghetti. Gaul sebentar & masukkan cili merah, ayam & pepperoni. Gaul.
3. Masukkan pula oregano, lada hitam, chilli flakes & garam. Gaul hingga mesra. Jika kelihatan kering, tambahkan sedikit air. Kacau sebentar & tutup api. Siap untuk dihidang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...