Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Isnin, 18 Februari 2019

Agar-agar Cendol


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

My 1st trial.
Alhamdulillah menjadi. Kalau ikut saya, macam terkurang manis skit, tapi anak sedara & atuknya kata ok. Conclusionnya, mungkin kena tambah skit gula.

Ini resipinya. Saya dah tambah baikkan.

Bahan:
Bahan Lapisan Gula Melaka/Anau:
130gm atau 1 ketul gula anau / gula melaka yang dipotong kecil
420 ml air
10 gram agar agar-agar
150 ml santan

Bahan Lapisan Cendol:
420 ml air
10 gram agar-agar
1/2 cawan gula pasir
150 ml santan
1/2 camca besar tepung jagung
1 cawan isi cendol, ditoskan
Secubit garam


Penyediaan:
Lapisan Gula Melaka:
1. Sediakan bekas untuk meletak agar-agar. Satukan semua bahan kecuali santan ke dalam periuk. Masak guna api sederhana & masak agar-agar & gula hingga larut. Tuangkan santan, kacau & masak hingga mendidih, kacau sentiasa. Matikan api, tapis agar-agar agar kurang skit hampas dari gula melaka & tuang ke dalam loyang/bekas.
Ketepikan untuk sejuk sebentar.

Lapisan Atas:
1. Satukan semua bahan dalam periuk kecuali santan, tepung jagung & cendol. Kacau & masak sehingga semuanya melarut. Satukan santan & tepung jagung. Kacau. Kemudian, masukkan bancuhan santan tepung tadi ke dalam periuk &perlahankan api. Kacau & masak hingga mendidih. Tutup api & tapis. Biarkan sebentar untuk sedikit sejuk & selepas itu masukkan cendol, kacau.
2. Cakar sedikit permukaan agar-agar gula melaka tadi agar lapisan akan bercantum apabila dituang bahagian cendol.
3. Perlahan-lahan tuang adunan agar-agar cendol ke atasnya sehingga selesai. Biarkan seketika untuk sejuk & kemudian letakkan dalam peti ais sekurangnya 2 jam.
Siap dimakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...