Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Rabu, 13 Februari 2019

Buttermilk Chicken


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Dah lama tak buat menu ni.
Masa mula-mula buat dulu, sebabnya teringin butter prawn tapi dek kerana suami x makan seafood, terpaksa buat ayam. Versi berkuah.

Bahan:
10 ketul ayam
1 sudu besar serbuk kari
3-4 inci kunyit hidup yang ditumbuk lumat / serbuk
1 sudu kecil garam
4-5 sudu besar mentega
1/2 biji bawang besar dihiris
3 tangkai daun kari
6-7 biji cili padi dihiris nipis (kalau nak pedas, tambahlah ikut suka).
1/2 tin susu cair / 1/2 kotak susu full cream
1 sudu besar susu pekat
Gula & garam secukup rasa

Penyediaan:
1. Perap ayam dengan serbuk kari, kunyit & garam. Perap dalam 1 jam.
2. Goreng ayam seperti biasa. Jangan terlalu garing sangat.
3. Dalam kuali lain, masukkan butter bila kuali panas.
4. Bila butter mencair, masukkan bawang & goreng sedikit garing. Kemudian masukkan cili padi & daun kari.
5. Bila dah naik bau, masukkan susu cair serta susu pekat. Jika rasa nak kuah lebih, tambahkan aje susu cair tu.
6. Bila dah mendidih sedikit, masukkan pula ayam yang sudah digoreng tadi. Tarukkan juga garam dan sedikit gula secukup rasa. Tapi rasanya garam tu kena lebih sikit sebab susu yang banyak akan membuatkan ia tawar.
7. Biarkan api sederhana perlahan & kacau. Bila dah mendidih & ayam sedikit lembut dan rasa pun ada umph!, bolehlah ditutupkan api. Siap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...