Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Jumaat, 22 Februari 2019

Sayur Goreng Campur


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Sayur goreng campur. Just put any vege that you like, dah siap.

Bahan:
1/2 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1/4 cawan daging ayam dipotong kecil
1 batang lobak merah dipotong serong
1 jambak kecil brokoli dipotong
2 batang saderi dipotong serong
1/4 cili benggala kuning dihiris
3 sudu besar minyak zaitun
1/2 cawan air

Penyediaan:
1. Panaskan minyak & kemudian masukkan bawang besar & bawang putih. Kacau sebentar & masukkan ayam. Kacau & masak seketika.
2. Kemudian, masukkan lobak merah. Masukkan juga air. Kacau & biarkan ia hingga mendidih. Biarkan ia masak dalam 5 minit. 3. Masukkan pula brokoli & batang saderi. Kacau & masak sebentar. Masukkan pula cili benggala. Kacau & masak dalam 2-3 minit & kemudian masukkan garam secukup rasa. Kacau seketika & siap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...