Assalammulaikum & Salam Sejahtera,
Bila susah sangat nak dapatkan sandwich yang marvelous sekali pandang, makanya I make my own + kakak ipar share YouTube dari India.
Bahan2 & cara membuatnya saya tepek sini.
Bahan sandwich. Jika ada yang anda nak tambah atau ganti, silakan. Ikut citarasa masing-masing.
Hiris atau potong bahan sandwich. Ini untuk inti sandwich.
Untuk inti sandwich yang dicampur tadi, letak bahagian tengah. Untuk extra best, cheese & chilli flakes boleh tabur bahagian atas (jika ada lebihan cheese yang anda parut)
Untuk dapatkan sandwich yang BEST:
- Guna roti putih YANG MAMPAT ATAU BERAT berbanding yg ada di kebanyakan kedai (sedih akak tengok roti putih yg lembut tu buat sandwich / french toast).
- Gunakan juga SAYUR FRESH kerana ia MURAH.
- JANGAN KEDEKUT masa sapukan mentega / mayo / sos untuk isi sandwich
- Guna OVEN untuk cairkan keju. Jika xde oven, boleh aje guna pan yang leper macam pinggan tu. Letak sandwich atasnya, percikkan air sedikit & telungkupkan mangkuk besi untuk tutup. Dalam 1-2 minit, keju akan mencair.
- Oleh kerana kita orang Asia, makanya nak pedas. Boleh letak LADA HITAM, LADA PUTIH, PAPRIKA & CHILLY FLAKES untuk rasa lebih kaw.
- Boleh guna APA SAHAJA JENIS KEJU yang Ada. Tapi selalunya orang akan guna Mozzarella, Cheddar atau Gruyere.
- Boleh letak AYAM PANGGANG jika suka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan