Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
Isnin, 15 Oktober 2018
Fatty Crab
Assalammualaikum & Salam Sejahtera.
1st time try. Rasanya ok. But I still prefer ketam masak lemak putih resipi mama. Still the best.
Oh ya, kot nak cari ketam yang banyak isi, masa pilih ketam tu, ketuk2 atau jentik kuat2 kat kepala dia. Kalau bunyi lampung maksudnya isi kurang, kalau bunyi mampat, banyaklah isinya (tip dari penjual di pasar).
Bahan:
3 ekor ketam dibelah dua
1 liter air
3 ulas bawang putih
1/2 cawan cili padi merah & hijau
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar tepung jagung campur sedikit air (buat bancuhan)
2 biji limau kasturi, ambil jusnya
Garam & gula secukup rasa
2 cawan air rebusan ketam
Minyak untuk menumis
Penyediaan:
1. Rebus ketam yang dah dibasuh bersih & belah dua. Rebus dalam 10 minit api sederhana. Kemudian simpan 2 cawan air rebusan ketam & toskan ketam yang siap direbus. Ketepikan.
2. Kisar bawang putih & cili padi tapi jangan halus sangat. Sedang2 gitu.
3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Selepas itu, masukkan bahan kisar. Masak hingga sedikit garing dan masukkan sos tiram. Kacau seketika & masukkan air rebusan ketam tadi. Masak hingga mendidih.
4. Setelah mendidih, masukkan pula bancuhan tepung jagung & jus limau kasturi. Gaul hingga kuah sedikit likat. Masukkan garam & gula secukup rasa.
5. Bila rasa dah ok, masukkan ketam & gaul mesra. Biarkan masak seketika & siap.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan