Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Selasa, 2 Oktober 2018

Masak Lemak Cili Padi Cendawan Kukur


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Subhanallah, lama rasanya saya tak makan cendawan ni. Sebab susah nak dapatkannya. Tak semua pasar atau tempat menjualnya. Alhamdulillah rezeki dapat jumpa kat pasar nilai tempohari. RM5 sepinggan.

Bahan:
200 gram cendawan kukur segar, bersihkan dan rendam
1 genggam ikan bilis direndam seketika & toskan
2 batang serai, diketuk
1 keping asam gelugor
500ml santan
Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar halus:
1/2 cawan cili padi
1 inci kunyit hidup
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

Penyediaan:
1. Toskan cendawan kukur, kemudian cuci sekali lagi & kemudian perah airnya. Masukkan cendawan dalam lesung & tumbuk sedikit. Jangan lumat.
2. Masukkan cendawan, serai & bahan kisar halus ke dalam periuk. Gaul rata.Tuang santan sedikit & hingga mendidih. Tambahkan ikan bilis &asam keping. Masak hingga cendawan lembut.
3.Tuang pati santan, kacau rata dan perasakan dengan garam & gula secukup rasa. Kacau dan masak sebentar. Siap.

Tiada ulasan:

Catat Komen

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...