Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
Isnin, 1 Oktober 2018
Ikan Siakap Masak Sambal
Assalammualaikum & Salam Sejahtera.
Bila tanya suami nak makan ikan goreng apa, pantas dia request siakap. Nasib le juga nak makan ikan, kalau tak ayam aje semedang... Hehehe... .
Bahan:
1 ekor ikan siakap saiz sederhana
1/2 camca teh serbuk lada sulah*
1 camca besar tepung jagung*
Sedikit garam*
2 batang serai, diketuk
10 biji cili padi merah
10 biji cili padi hijau
2 batang cili merah besar
1 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 inci halia, cincang halus
3 biji limau kasturi, perah jusnya
1/2 cawan air
Gula & garam secukup rasa
Minyak untuk menumis & menggoreng
Penyediaan:
1. Lap kering ikan siakap yang bersih & sadurkan dengan lada sulah, tepung jagung & garam. Perap dalam 10 minit. Kemudian goreng. Selepas masak, angkat, toskan & ketepikan.
2. Untuk bahan sambal, kisar kasar cili padi & cili merah.
3. Panas sedikit minyak dalam kuali. Setelah minyak panas, masukkan bawang besar, bawang putih, halia & serai. Masak hingga naik bau. Setelah itu, masukkan cili yang dikisar. Masak hingga sedikit garing. Kemudian, masukkan jus limau kasturi, gula & garam secukup rasa. Masak seketika, siap.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan