Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
Ahad, 14 Oktober 2018
Spicy Chicken Bites
Assalammualaikum & Salam Sejahtera.
Spicy chicken bites.
Nak lagi sedap, cecah dengan sambal ayam penyet. Marbeles.
Exactly, ada masak nasi goreng. Dan kerana macam kosong aje makan gitu aje, saya add on sambal ayam penyet + chicken bites.
Bahan:
3 Isi ayam dipotong panjang
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil lada sulah/putih
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil paprika
1 sudu kecil garlic powder
1 sudu kecil serbuk oregano
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng
Penyediaan:
1. Dalam satu mangkuk, masukkan tepung gandum, garam, lada sulah, lada hitam, paprika, garlic powder, oregano. Gaul mesra. Kemudian, pecahkan telur ayam dalam 1 mangkuk kecil & kocokkan ia. Ketepikan.
2. Panaskan minyak guna api sederhana. Setelah panas, sadurkan 1 potongan ayam pada campuran tepung, kemudian sadurkan pada telur & sadur kembali pada tepung. Goreng dalam kuali. Goreng hanya dalam 5-6 hiris sekali gus. Jangan banyak-banyak.
3. Goreng hingga keemasan, angkat & toskan. Ulang proses tadi sehingga ayam habis. Sedap dimakan dengan nasi, cicah sos atau sambal atau makan begitu sahaja.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan