Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Ahad, 20 Mei 2018

Popiah Goreng / Lumpia / Spring Rolls


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Buat sendiri puashati.
Dek kerana ramai dalam rumah yang berpuasa ganti & sunat, kita buat sikit kuih untuk kudapan berbuka.

Bila buat sendiri, rasa puashati sebab ianya tak serupa dengan gerai jual kuih yg sanggup potong sebiji pisang sampai 3 potongan kecil (akak baru terkena jumaat lepas bila beli kuih). .

Jom buat sendiri. Boleh jimat beringgit-ringgit & boleh goreng berkali-kali (boleh bersedekah lagi jika banyak portionnya). .

Bahan:
1 pek kulit popia (saya guna 25 keping aje) suhu bilik
1 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
2 dada ayam dihiris & didadu isinya
1 biji lobak merah dipotong dadu
1/2 cawan air
3 batang saderi dipotong dadu
1/2 batang kentang didadu
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil lada hitam
3 sudu minyak untuk menggoreng

Penyediaan:
1. Panaskan minyak guna api sederhana. Tumis bawang besar & bawang putih. Setelah naik bau, masukkan isi ayam. Masak hingga air ayam berkurangan & ayam sedikit garing.
2. Kemudian masukkan lobak merah. Kacau seketika & masukkan pula air. Masak lobak merah dalam 5 minit. Selepas itu masukkan pula batang saderi & kentang. Kacau sayuran hingga semua mesra.
3. Masukkan pula garam & lada hitam. Kacau & masak dalam 1 minit. Tutup api & pindahkan dalam mangkuk. Biarkan sejuk sebentar.

Isi popiah yang sudah dimasak. Kita sejukkan kejap.

4. Sediakan semangkuk kecil air untuk dijadikan gam pada kulit popiah yang akan digulung. Kemudian, kopek kulit popiah yang melekat sekeping demi sekeping. Letak atas pinggan besar.

5. Ambil sesudu besar isi sayuran tadi & letak di atas kulit popiah di bahagian tengah. Kemudian lipat kulit di bahagian bawah ke atas menutupi inti. Lipat pula kiri & kanan kulit popiah & kemudian gulung hingga hampir hujung. Sapukan sedikit air guna jari pada hujung kulit popiah & gulung hingga habis. Buat hingga habis inti.


6. Panaskan minyak pada suhu sederhana. Kemudian goreng popiah hingga keemasan. Toskan & siap untuk dihidang & dimakan dengan sos atau begitu sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...