Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
Ujian hebat dari Allah untuk Malaysia
Subhanalllah, Allahu Akbar, Innalillah hiwaina ilaihi roji'un...
Tiada siapa jangka banjir yang menimpa pada tahun ini merupakan ujian hebat buat hambaNya dan juga seluruh rakyat Malaysia amnya. Banjir yang pada awalnya saya ingat banjir biasa kerana memang sudah biasa melihat negeri Kelantan dan Terengganu menghadapi banjir setiap kali hujung tahun menjelma. Ada saya lihat gambar di FB rakan saya yang bapanya siap berkenu lagi di hadapan rumah. Ingatkan tidak serius banjir kali ini kerana melihat pada intonasi ayatnya di FB. Rupa-rupanya adalah sebaliknya. 1-2 hari selepas itu, hujan yang turun luar biasa lebatnya telah menyebabkan beberapa tempat mula dinaiki air. Semakin lama semakin saya lihat di FB, ramai rakan-rakan & kenalan post kan cerita tentang banjir ini. Dalam hati dah terdetik, 'serius sangat ke? Kenapa macam takde berita diperhebahkan sangat di kaca tv dan berita?'
Dan apa yang terlintas di fikiran itu, rupanya memang. Banjir besar dan hebat bukan sahaja melanda negeri Kelantan dan Terengganu bahkan Perlis, Kedah, Perak, Pahang, Johor dan yang paling terkini adalah Sabah. Subhanallah... hebatnya ujian Allah ini. Lebih-lebih lagi bagi penduduk di Kuala Krai, Kelantan dan sekitarnya. Air naik sehingga mencecah ketinggian tiang elektrik. Ya Allah, takut saya melihat gambar kederasan air dan impaknya pada manusia dan alam sekeliling. Dan yang paling menakutkan sekali apabila mendengar berita kematian mereka dalam banjir ini.
Bila air sedikit surut dalam 3 hari kebelakangan ini, kelihatan satu fenomena yang tak terjangka berlaku di Malaysia. Rumah sudah roboh dan tidak tahu ke mana perginya, kereta sudah terbalik dan tersadai di merata tempat dan tertimpa antara satu sama lain, sekolah dan masjid musnah teruk hampir 80%, bekalan air bersih dan elektrik terputus, penduduk setempat yang terselamat sudah hampir 4-5 hari tidak makan dan hanya minum air banjir, rumah yang terselamat penuh berselut dari lantai hinggalah ke atap dan munculnya satu golongan yang menindas tanpa ada perasaan belas kasihan (menjual barang makanan dan harian dengan harga paling hilang akal. Dan paling hampeh, menggunakan barang pemberian penderma untuk mendapatkan keuntungan).
Pada waktu inilah, kita dapat melihat betapa hebatnya ujian Allah bukan sahaja kepada mangsa banjir tetapi juga orang sekeliling, rakyat Malaysia dan pemerintah (negeri mahupun pusat). Setiap orang diduga dengan caraNya yang tersendiri. Saya dan hubby akui yang bila ditilik kembali ujian kereta yang dihadapi hubby 2 bulan lepas, rasanya ujiannya hanyalah kecil sahaja berbanding mangsa banjir. Saya cakap dengan hubby, "awak rasa ujian awak yg kena keluar duit **** untuk baiki kereta yang masuk air banjir di KL itu mahal tapi cuba awak bayangkan apalah sangat nilai duit yang awak keluar itu berbanding dengan mangsa banjir yang hilang segalanya (kesian bila lihat warga emas duduk di tangga yg rumahnya telah musnah langsung)."
Bila lihat ujian mereka ini, hubby dengan rakan-rakan ofisnya menderma sedikit barang keperluan untuk dihantar ke sana melalui NGO Islamic Relief. Saya dan anak-anak sedara yang besar pula, membantu dari sudut yang lain pula. Kami aku yang sumber kewangan kami juga adalah agak terhad namun, insyaAllah kami akan cuba membantu apa sahaja yang kami mampu untuk meringankan sedikit beban saudara seIslam dan senegara dengan kami.
Di sini saya tepekkan beberapa keping gambar tentang banjir yang berlaku. Saya ambil gambar ini di FB dan internet. Moga ia menjadi iktibar buat saya dan anda semua (ada banyak perkara jika difikirkan tentang iktibarnya pada kita).
Moga Allah membantu kami dan anda semua untuk terus berada di jalan yang lurus.
Labels:
Rencah hidup
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan