Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
Jumaat, 19 Disember 2014
5 bintang untuk buku Secangkir Teh Pengubat Letih
Assalammualaikum & Salam Sejahtera.
Mesti anda tertanya-tanya mengapa saya berikan 5 bintang untuk buku di atas. Exactly, a few years back saya ada terbaca 1 artikel di internet (rasanya) tentang buku ni. Pembaca tersebut berikan komen yang positif. Masa tu, saya dah set dalam minda, ok, buku ni menarik. Lain kali boleh beli.
Dan, dalam beberapa minggu lepas, masa saya dok order buku dengan penerbit, saya includekan sekali buku ni sebab dah baca buku 'Menalar Makna Diri' tu. Nak tahu jugakkan apa yang ditulis dalam buku ni sampaikan rakan penulis yang berbangsa Turki pun tahu tentang antara sebab pembaca yang pernah baca buku ni hendak ke tempat yang diceritakan dalamnya.
Bila dah dapat, saya ketepikan dulu sebab ada banyak tuntutan kerja yang perlu dibereskan + tengah baca buku & majalah lain juga. Dan pada malam Isnin baru ni, saya capai buku ni dari rak untuk dijadikan bahan bacaan masa dalam tren esoknya. Bila baca aje mukadimah, saya rasa macam 'eh, menarik aje cara penulisan buku ni. Ada info best'. Makanya, sedar tak sedar, hampir setengah buku saya habiskan pembacaannya masa dalam tren nak balik ke nilai. Tak ngantuk pulak tu. Layan aje kisah travelog penulis dalam buku ni. Siap saya imagine lagi tempat-tempat dan situasi yang diceritakan.
Adakala saya setuju dengan apa yang disampaikan penulis. Antaranya seperti ini:
"Siapa kamu menentukan cara kamu melihat." Kesannya pula ialah, "Cara kamu melihat menentukan apa yang kamu dapat." Ada yang pergi ke Turki dapat dosa, ada yang pergi ke Turki dapat pahala. Menentukan siapakah diri yang ingin dibawa mengembara, adalah kunci besar pada menentukan kesan akhir yang bakal terhasil.
Tidak lama dahulu, di minda saya, saya membayangkan akan Turki yang moden dengan gaya yang agak bebas dan lepas. Namun, bila mana sedikit info terkini yang saya baca di internet dan juga FB kenalan, saya tahu yang Turki sekarang ini sedang berkembang bukan sahaja dari segi pemodenan dan taraf hidup tetapi juga penerimaan & komited dalam Islam itu sendiri. Jika dahulu, zaman pemerintahan Ataturk, begitu ramai ulama, ahli agama, sekolah-sekolah tahfiz, lelaki mahupun wanita terseksa dengan segala macam undang-undang tidak masuk akal dan penganiayaan. Itu belum lagi campur tangan pihak tentera yang mengambilalih Turki pada tahun 1997. Segala macam sekatan dan masalah ekonomi negara perlu dihadapi. Alhamdulillah, Turki kini dilihat sebagai satu kuasa baru yang mula hendak kembali mengamalkan Islam itu sendiri. Miskipun ada tentangan daripada pihak sekular di dalamnya, namun, saya pasti, setiap yang benar past akan terbukti kebenarannya. Ia hanya menunggu masa yang sesuai untuk diperlihatkan.
Bagi saya, untuk menceritakan keistimewaan buku ini. ianya memang banyak. Setiap bab mengkisahkan perkara-perkara dan ilmu yang menarik bukan sahaja dari sudut tempat-tempat menarik di Turki tetapi budaya, bahasa, implimentasi & praktikaliti Islam itu sendiri juga hubungan ukhwah yang wujud atas nama Islam dan demi Allah itu yang membuatkan ia semakin menarik untuk terus membacanya. Kesan sejarah dan ketamadunan Uthmaniyah itu sendiri mengajar kita untuk lebih menghargai nilai Islam dan Iman yang diberikan Allah pada setiap hambaNya.
Bukan mudah untuk mempertahankan Islam dan Iman itu sendiri dan ianya tidaklah semudah menyatakan 'aku beriman' tanpa ada ujian yang bakal menyusul. Jatuhnya kerajaan Uthmaniyah bukan sahaja merobek jiwa Sultan Abdul Hamid tetapi juga umat Islam secara keseluruhan. Hingga kini, ada rasa perit bila mengingatkan kembali cara Sultan Abdul Hamid itu dijatuhkan oleh Ataturk, Theodor Herlz, Emmanuel Carasso dan rakan-rakan subahatnya yang lain. Moga Allah merahmati roh Sultan terakhir kerajaan Uthmaniyah itu dan juga ahli keluarga baginda walau di mana sahaja mereka berada (isteri & anak-anaknya dibuang ke Perancis sebagai pengemis & pelarian yang merempat di jalanan).
Meh sini, saya tepekkan beberapa halaman buku yang menarik isinya. Moga ada ilmu bermanfaat buat kita semua (nak lagi best, beli aje buku ni) :)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan