Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Red Velvet Soft Cookies @ Biskut Lembut Red Velvet


Assalammualaikum & Selamat Sejahtera semua...
Siapa tak suka biskut kan... Cuma kali ni, saya try buat biskut baru. Red Velver Soft Cookies. Selalunya orang kita makan kek or cupcakes RV tapi kali ni saya nak tukar sikit. Buat biskut. Dan, dek kerana orang kat dalam rumah ni suka soft cookies berbanding yang yang rangup, makanya kuturutkan kehendak mereka.

Dan, rupanya, biskut ni ada penggemar setianya pulak lepas dibuat. My nephew sorang ni rupanya suka. Semalam masa dia dok lepak rumah saya dengan maknya, tetiba nampak dia bukak tupperware biskut dan ngap biskut RV ni. Saya tanya, "sedap ke mi? Paksu kau kureng skit sebab dia suka oatmeal tu lagi." Jawapnya, "Ok aje." Dan mak dia sampuk, "Dia tolong habiskan biskut yang kau beri aritu fisyah. Sambil hadap komputer or tv, itu yang dimakannya sampai habis."
Dengar aje komen tersebut, saya soh dia bawak balik beberapa keping lagi biskut RV tu.

Jom saya kongsikan resipinya dengan anda. Ingat! Ini soft cookies tau dan rasanya memang lembut ala-ala macam lemau gitu. Cuma orang yang tak tahu akan ingat biskut ni lemau padahal tidak. Biskut ni kalau lemau, dia akan jadi sedikit rangup (terbalikkan dengan konsep biskut biasa).

Bahan-bahan:
1. 230gm cream cheese, suhu bilik
2. 1/2 cawan mentega, suhu bilik
3. 2 sudu kecil ekstrak vanila
4. 11/2 cawan tepung gandum @ all purpose flour
5. 1 sudu kecil soda bikarbonat
6. 150gm gula perang
7. 50gm gula kastor
8. 1/4 sudu kecil garam
9. 1 biji telur
10. 1 sudu besar susu biasa (susu minum uht tu aje)
11. 11/2 sudu besar pewarna warna merah
12. 1 cawan cip coklat
13. 1 cawan gula kastor (untuk saduran)

Penyediaan:
1. Campurkan tepung, garam dan soda bikarbonat dalam 1 bekas. Dalam bekas lain, guna hand mixer untuk pukul mentega hingga gebu dalam 1 minit. Guna kelajuan tinggi sama ada 3 atau 4. Selepas itu, tukar pada kelajuan sederhana (no. 2 pada hand mixer tu) dan masukkan kedua-dua gula kastor dan gula perang tadi. Pukul sehingga sedikit gebu (dalam 3-4 minit).
2. Kemudian, masukkan telur, susu dan ekstrak vanila dan pukul hingga mesra. Bila sudah mesra, masukkan pewarna warna merah dan pukul hingga mesra.
3. Selepas itu, masukkan campuran tepung tadi ke dalam adunan sedikit demi sedikit sehingga habis dan menjadi doh yang lembut. Jika mahukan biskut tersebut berwarna merah lagi, boleh aje tambah pewarnanya dan jangan lupa pukul dohnya sehingga warna doh sekata.
4. Kemudian, masukkan cip coklat dan gunakan hand-mixer pada kelajuan rendah (1 aje sebab kita tak mahu cip coklat tu pecah). Kalau nak selamat, guna aje sudip dan gaul mesra.


5. Rehatkan doh dalam peti ais lebih kurang 1 jam setengah. Tutup dengan kertas aluminium atau plastik agar bau peti ais tak ganggu dia.
6. Panaskan oven pada suhu 170 Celsius. Untuk dulang pembakar, anda boleh sapukan mentega pada dulang tersebut atau letakkan kertas surih yang dipotong ikut saiz dulang.
7. Keluarkan doh dari peti ais dan ceduk (scoop) doh tadi saiz sebesar 1 sudu besar (saiz guna aje skup aiskrim tu) dan sadurkannya pada gula kastor (1 cawan tadi) sebelum diletakkan di atas dulang pembakar. Tak payah nak benyekkan doh yang bulat tu. Biarkannya kerana ia akan cair dengan sendirinya bila dibakar nanti. Cuma anda jarakkan sedikit satu doh dengan doh yang lain agar ia tidak bercantum.
8. Bakar doh biskut tadi dalam 10-12 minit. Jika oven kecil, selalunya saya letakkan suhu pada 160 Celsius sebab tak mahu dia hangus cepat dan kadar pembakarannya dalam 14-15 minit.
9. Setelah masak, ada keluarkannya dan jika anda ingin biskut anda kelihatan kedut atau renyuk (crinkle), tekan sedikit biskut tersebut masa panas dan ia akan crinkle (kau jangan telebih tekan pulak, tak pasal-pasal pecah biskut, hehehe...). Bila biskut dah sejuk, masukkannya ke dalam tupperware atau bekas kedap udara.

Happy cooking...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...