3 hari sebelum Hari Raya Aidil Fitri baru ni, saya masak le maggi goreng mamak. Amik resipi kat curlybabesatisfaction & tiffinbiru. Saya godek2 sikit ikut bahan apa yang ada di peti ais dan yang simple (makcik ni kan amatur...). Sebelum masak tu, tanya hubby nak masak berapa paket. Dia kata masak semualah sebab family kakaknya dan anak2nya yang baru balik asrama berbuka sekali. Saya rasa macam membazir pulak kalau masak semua, kotlah kalau tak abiskan. Lagipun depa katanya tapau nasik goreng kat restoran. Lastnya saya masak 4 paket aje.
Dan bila tiba waktu buka puasa, hamik kau, 2 orang anak sedara lelaki saya senduk maggi goreng tu penuh sepinggan. Amik pulak sosej roll yg baru digoreng. Bila tengok abang2nya buat cenggitu, wah, pompuan pun tak mau ngalah. Semua amik sesenduk. Abang ipar saya pun join the club gak. Eh... ini kalau dibiarkan mau habis tak merasa saya n hubby. Nasib baik sempat selamatkan sepinggan untuk kami berdua kongsi. Lepas tu, gaban 2 orang tu datang balik kat meja makan dan senduk lagi maggi goreng yang ada. Ah sudah. Last skali yang saya perasan mak mertua saya just dapat 2 sudu aje. Yang lain dan selamat 'dibelasah' cucu2nya.
Dan keesokan petangnya, bukak aje pintu bilik nak siapkan masakan buka puasa, ayah mertua saya bersuara, "Fisyah, ari ni masak maggi goreng semalam lagi. Abah tak sempat makan, dah abis." Looo... tu dia kata-kata ayah mertuaku. Satu penghargaan tu beb. Tersengih2 jap makcik mendengarnya. Hehehe...
Dan jawapan pada permintaan ayah mertuaku itu, "Errr... maggi dah abis. Yang ada pun sayur dan fish cake aje."
"Takpe, abah pi beli. Kali ni masak 6 paket," ayah mertuaku berkata dengan semangatnya.
"Cukup ke 6 paket tu? Kot depa makan macam semalam. Ni anak2 abang pun ada."
Ibu mertuaku pula menyampuk, "masak ajelah semua 10 paket."
Hamik kau. 10 paket tu. Jangan tak caya. Dan dengan jayanya serta kudrat yang diberi Allah, akhirnya berjaya juga maksu depa ni masak maggi 10 paket dalam 1 kuali. Nasib tak terbalik kuali tu aku kerjakan. kih kih kih...
Dan, ni resipinya maksu depa kongsikan utk semua. Manalah tau ahli keluarga anda semua pun sukakannya bila dah boring makan benda lain... :)
Maggi Goreng Mamak:
Bahan2 untuk memasak 2 paket Maggi Goreng:
1. Maggi 2 paket
2. Bawang besar dicincang
3. Minyak masak untuk menumis
4. Cili giling / cili kering yang dah siap di blend dalam 2-3 sudu. Jika nak pedas, boleh le banyak ek.
5. Daging / Ayam cincang (ikut suka nak banyak mana)
6. Fish cake, fish ball, sosej atau apa sahaja yang ada dalam peti ais yang boleh dimasukkan dalam kuali.
7. 1 biji kentang yang dipotong dadu
8. Sos tomato 2 sudu
9. Sos tiram 1 sudu
10. 2 biji telur
11. Sayur sawi / kubis / cendawan butang yg putih tu (saya guna ni aritu sebab nak abiskan stok sblm busuk)
12. Gula & garam
Cara-cara memasak:
1. Rebus kentang yang sudah dibuang kulit dan dipotong dadu sehingga sedikit empuk. Sudah empuk, keluarkan dari kuali dan rebus pulak maggi sehingga agak lembut. Kemudian toskan.
2. Dalam kuali lain, tumis bawang besar yang dicincang sehingga naik bau dan sedikit garing. Kemudian masukkan cili giling. Masak sehingga agak garing. Tambah air sedikit jika kering.
3. Masukkan kentang dadu yang sudah empuk tadi. Goreng bersama cili tersebut. Setelah sambal kelihatan sudah masak, masukkan bancuhan serbuk kari maggi dengan sedikit air. Jika kelihatan kering, tambah aje sedikit air. Jangan malu-malu...
4. Masukkan pula segala macam fish cake, fish ball, sosej atau apa sahaja ke dalam kuali. Kacau sehingga ia kelihatan sudah masak. Masukkan pula sos tomata dan sos tiram serta sedikit gula dan garam. Kacau sehingga sebati.
5. Ketepikan sedikit bahan-bahan yang digoreng tadi dan pecahkan 2 biji telur. Goreng telur tersebut macam scrabble egg. Bila telur dah 3/4 masak, masukkan maggi yang telah ditoskan berserta dengan sayur sawi atau apa sahaja sayur yang anda ada. Gaul maggi tersebut sehingga mesra dengan semua bahan. Jika kering, tambah sedikit air dan sedikit kicap. Rasa-rasa macam dah masak, kiranya bolehlah diangkat dan dimasukkan ke dalam pinggan besar anda. Siap untuk dimakan...
Happy cooking...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan