Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Selasa, 25 Oktober 2011

Solat Dhuha bagi diri ku


Assalammualaikum semua...

Kali ni saya nak share tentang solat dhuha dgn semua.
Solat dhuha adalah solat yg dilakukan selepas lebih kurang setengah jam waktu syuruk tamat sehingga satu jam sebelum solat zohor.

Sebenarnya solat dhuha ini baru akhir-akhir ini saya kerjakan. Pernah hubby dan mama saya menyuruh saya melakukannya sebelum ini tetapi saya ambil enteng. Pada saya, solat wajib itu telah memadai. Solat sunat pula saya lakukan ikut mood.

Dalam minggu lepas, saya membebel tentang sesuatu kepada hubby saya. Akhirnya hubby saya kata, "yang, baik awak buat solat dhuha. Mana tahu Allah akan tolong masalah awak tu. Lagipun, awak mesti akan rasa kelainannya bila dah buat nanti."

Mendengar kata-kata hubby, saya terdiam. Masih berfikir-fikir nak buat ke tak nak. Tiba-tiba Allah beri saya ilham. 'Allah tegur aku kot melalui suami,' bisik hati saya. Bila teringat tentang tu, lepas hubby pergi kerja dan mandi, terus saya ambil wuduk. Saya solat dhuha akhirnya.

Nak tahu apa perasaan saya hari itu? Saya rasa lapang sangat hati selepas solat. Saya rasa ceria hari tu. Siap nyanyi2 lagi kat dapur (mesti mak mertua saya musykil skit hari tu, hehehe...). Kiranya hari pertama saya bersolat dhuha, hati saya rasa seronok. Minda jadi ringan. So, hari kedua dan ketiga pun saya berusaha utk solat dhuha lagi. Dan betul seperti kata hubby, ada kelainan yang saya rasakan. Saya rasa tenang, gembira, masalah yg datang saya blh bersabar dahulu dan cuba berfikir dgn cara terbaik, & rezeki saya sedikit bertambah (walaupun sedikit tapi tetap Alhamdulillah).

Dan sekarang ini, jika saya tidak bersolat dhuha, saya rasa macam ada yg tak kena. Saya macam rindu something. Macam rindu nak baca al-quran gitu (sbb dulu agak lama juga saya tidak membaca ayat2 Allah ini).

So, pembaca semua, jika ada kesempatan dalam 10 ke 15 minit, cubalah solat dhuha ini. InsyaAllah, DIA akan berikan kita 'something' yg hanya kita sendiri dapat rasa dan nikmatinya. Cubalahhh... :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...