Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Khamis, 15 April 2010

Kenapa HATI susah menerima ILMU

Kali ini saya ingin kongsikan sebab-sebab kenapa ilmu susah melekat di dalam hati & cara-cara membuka hati yang tertutup. Selalu saya akui perkara ini terjadi bilamana saya cuba mengingati sesuatu tapi hanya sebahagian kecil sahaja yang melekat di minda...

ILMU merupakan hakikat kebenaran yang mutlak. Tempatnya di dalam HATI. Jadi, HATI perlu bersih dan suci supaya ILMU dapat bertapak di dalamnya.


Sebab-sebab ILMU susah bertapak di dalam HATI.

* Kekeruhan dosa dan kotoran yang berkumpul di dalam hati

* Makanan yang syubhah dan haram

* Tidak memohon keredhaan ibu dan bapa

* Hati sering terdorong ke arah lain. Tidak diarahkan merenung keagungan Allah

* Hati tertutup kerana pegangan dalam perkara-perkara kehidupan seharian terhadap tradisi yang diwarisi sejak kanak-kanak tanpa dinilai berdasarkan penilaian syariat

* Taasub kepada sesuatu aliran fahaman dan merendahkan aliran fahaman golongan lain tanpa pendekatan tasamuh (keterbukaan)

* Belum mempunyai ILMU yang berkaitan sebagai asas

Membuka HATI yang tertutup

Menurut Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ma'arij al-Quddus Fi Madarij Ma'rifatin Nafs, HATI seseorang itu akan tertutup daripada memperolehi ILMU yang benar sehinggalah dia menjalankan usaha yang serius untuk membukanya.


Kaedah membuka HATI

1. Mengutamakan mujahad iaitu berjuang melawan kehendak nafsu yang menyeleweng dari jalan Allah. Allah swt berfirman: Dan orang yang berjuang untuk (menari keredhaan) Kami, sesungguhnya Kami akan tunjukkan mereka jalan-jalan Kami. (Surah al-Ankabut: 69)

2. Menghapuskan sifat mazmumah iaitu sifat peribadi yang tercela

3. Menjauhi maksiat

4. Meninggalkan perkara-perkara yang melalaikan daripada mengingati Allah

5. Banyak bertawakal kepada Allah

6. Zuhud atau meninggalkan kecintaan kepada keduniaan yang melampau atau perkara yang melalaikan

7. Berusaha menjauhi tuntutan syaitan

8. Ikhlas kepada Allah. Dengan keikhlasan itu HATI akan suci dan bersih lalu dipenuhi nur. Dengan nur, segala ILMU pengetahuan mudah difahami dan diserap

9. Membaca al-Quran. Sering membaca al-Quran kerana dengannya akan terbuka sinar HATI dan akan mudah menerima ILMU. Al-Quran adalah tangga untuk mencapai ILMU di lohmahfuz di mana kandungan al-Quran itu sendiri berasal daripada catatan di lohmahfuz

10. Merujuk kepada al-Quran dan hadis kerana kedua-duanya merupakan sumber ILMU sejati dan penyempurnaan kepada akal manusia. ILMU pengetahuan yang benar akan memperolehi sinar apabila dihubungkan dengan kedua-dua sumber asli

11. Mengamalkan ILMU yang dipelajari. Seorang muhaddis terkemuka, Ibn al-Salah menyebutkan bahawa Syeikh Waqi pernah berkata: "Apabila anda ingin menghafal hadis, hendaklah anda mengamalkan ajarannya."

Sumber rujukan: Siti Nor Bahyah Mahamood dan Muhammad Zakaria, 2009. Rahsia Minda Hebat. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn Bhd.
Gambar: Dari google search

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...