Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Selasa, 5 Oktober 2010

you're beautiful / you're handsome drama



Give credit to my sister. Dah lama betul tak tengok drama korea dan jepun. Entah macam mana, time saya di rumah mama saya di Ampang (lepas settle hal pecah rumah tu), saya layan vcd drama yang saya nampak bawah meja. Mula-mula saya layan cerita jepun, Change. Drama berkisar tentang seorang guru muda berjaya menjadi Perdana Menteri Jepun dan mengubah cara pemerintahan yang ada. Walaupun orang rasa cerita ni boring (my sister kate cerita ni slow), tapi saya puas hati. Memang sepatutnya kita bertindak seperti karektor di dalam drama tu. Bersemangat, mahu berusaha, tidak mudah mengalah, sanggup berubah dan yang penting sekali positif.

Settle aje cerita Change, my sister bagi drama korea pulak. Dia kata cerita ni best. Try lah tengok.

Dan keputusannya saya suka drama ni. Walaupun hubby saya kata watak-watak lelaki dalam drama ni macam pondan (mana taknya, make-up tebal gila + budak2nya muda lagi), tapi saya layannn... Lagu-lagu untuk OST ni memang sedap-sedap di dengar specially As Ever/Still (lagu tema yg dinyanyikan olh kumpulan Lee Hong Ki tu), Promise dan Without Word. Lirik lagunya yang turut diterjemahkan membuatkan saya kekadang touching. Hahaha... But really, memang sedap liriknya bila dah ditranslate.

Kira lepas cerita Winter Sonata dulu dan All About Eve, ni lah cerita yang saya suka kemudiannya. So, siapa-siapa yang berminat dan nak layan cerita yang sweet, try tengok cerita ni. Memang comel, lagi-lagi keraktornya yang sentiasa berubah rambut dan baju. Nak dengar & tgk video lagu-lagu dalam cerita ni, boleh 'dengar-dengar' kat pilihan lagu saya ni bawah. Happy watching and listening...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...