Kali ni saya nak kongsi artikel dari Solusi Isu ke 23. Kenapa perlu kita berasa takut untuk mati padahal itulah saat kita akan bertemu dengan pencipta kita yang sentiasa disembah dan dipuja lima kali sehari.
Imam al-Qurtubi menerusi satu kisah yang diriwayatkan oleh Abu Nu'aim dalam kitabnya al-Hilyat menyatakan:
Ketika Nabi Ibrahim a.s. didatangi Izrail untuk mencabut nyawanya, berkata Ibrahim kepadanya: "Wahai Izrail, pernahkah seorang kekasih mencabut nyawa kekasihnya sendiri?"
Lalu Izrail memberitakan pertanyaan Ibrahim ini kepada Allah s.w.t. Maka Allah s.w.t. memerintahkan Izrail menyampaikan jawapannya kepada Ibrahim sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: "Wahai Ibrahim. Apakah kamu pernah melihat seorang kekasih yang tidak gembira untuk bertemu dengan kekasihnya sendiri?"
Apabila Ibrahim mendengar jawapan Allah menerusi Izrail, berkata Ibrahim: "Wahai Izrail, cabutlah nyawaku saat ini juga."
Inilah kesempurnaan mahabbah hamba terhadap Rabnya. Ia pasti terhasil apabila sifat kehambaan itu dihayati dan diterjemahkan dalam kehidupan yang singkat ini. Wallahu'alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan