Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Rumah dimasuki pencuri

27 September 2010

Tengah saya sibuk men'delete' gambar2 lama dalam kamera, tiba-tiba sister in law saya telefon. Ingatkan dia nak beli buku, rupa-rupanya ada berita buruk yang disampaikan.

"Long, along dah dengar cerita?"
"Cerita apa?" Musykil jap saya.
"Rumah mama kena masuk pencuri."
"Hah! Bila?"
"Baru aje tadi. Time mama balik baru mama tau."
"Mana tau?"
"Tadi mama call abah. Tu yang tau."

Exactly, adik saya n wife dia n my sister kerja dengan abah saya. Tu yang mereka tau lebih dulu berbanding saya. Saya apalagi call lah mama saya lepas tu. Mula-mula call dia tak angkat. After 5 minutes baru dia return call saya balik. Rupa-rupanya mama saya ada kat balai polis. Tengah buat report polis. FUH! Nasib baik dia tak apa-apa. Dia pun story le sikit-sikit apa yang berlaku sebelum pak polis datang ambil statement.

After my mum call, terus call hubby pulak. Dia pun terkejut. So, we decide balik lepas isyak (tunggu dia balik kerja n saya kemas beg). Inform mak n bapak mertua. Depa pun surprise.

After solat isyak n hubby selesai mandi, terus kami rush balik Ampang. Sampai aje depan rumah, kami nampak kereta polis. Ada la jugak 3 4 orang anak-anak bujang depan rumah (mak abah depa kat dalam rumah). Sampai depan pintu aje, nampak pak polis. Sorang sedikit berumur n sorang agak muda. Mula-mula hangin jugak apesallah polis ni datang lambat nak ambik statement and gambar tapi rupa-rupanya, dari tengah hari ade dekat 3 4 bijik rumah kene pecah masuk kat area Ampang. Wah! dah macam pesta pecah masuk rumah pulak rasanya.

Antara gambar bilik-bilik kami yang 'selamat' dipecah masuk diambil oleh hubby saya (adik saya di kampung lah yg beria2 suruh amik gambar).

Bilik saya dan bilik adik lelaki saya yang selamat digeledah. Lepas mengemas, satu aje harta saya yang dirembat. Kamera lama saya yang guna kodak dulu. Nasib baik takde benda berharga sangat yang ada dalam bilik kami.

Ni pulak bilik mama n adik perempuan saya. Paling teruk digeledah bilik my sisterlah coz banyak sangat baju dan beg. Tapi laptop adik saya tak pulak dirembatnya. Maybe benda tu dalam beg yang agak kusam dan ber'button2'. Bilik my mum jangan ceritalah, 'selamat' segala barang kemas dan perhiasan dia.

Bengang memang lah bengang dengan penyanyak tu. Tapi, benda dah jadi nak buat macam mana dan nasib baik my mum n sis selamat. Harap-harap lepas ni tiada lagi perkara ni berlaku. Anyway, thanks to my neighbours sebab tolong my mum time kami tak ada.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...