Sudah 3 hari saya habis membaca novel Bagaikan Puteri oleh Ramlee Awang Murshid (RAM). Namun, sehingga ke hari ini kisah tersebut membuatkan saya rasa seronok bila teringatkannya.
Garapan RAM sungguh unik. Watak Laksamana Sunan yang menyebarkan Islam secara tidak langsung memikat hati saya terutama sekali ketika bertarung dengan Laksamana Hang Tuah. Bait-bait ayat yang digunakan walaupun simple tapi benar-benar berkesan. Nampaknya selepas ini RAM akan menjadi novelis yang saya minati seperti Lamia Aimal, Norhayati Berahim dan Mimie Afinie.
Moga RAM dapat menghasilkan novel yang bermutu, berilmu dan menyeronokkan.
emm novel ini sgt menarik..sampai ke saat ini kf still ingat jln citer novel ni..emm..!!
BalasPadambetul. sangat2 menarik. suami saya yg tak membaca novel blh tertarik utk menghabiskan novel ni. skarang tinggal 2 atau 3 bab shj lg.
BalasPadam