Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Blueberry Muffin Yang Sedap & Mudah


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Blueberry muffins
Memang jarang sangat nak beli buah ni sebab harganya sepeket kecil boleh tahan. Cuma bila encik hubby beri green light, senyum-senyum le akak aritu :)

Dan bila dah teringin tu, makanya digodek-godeklah resipi kat mana yang patut. Dan akhirnya terjumpa resipi di @foodnetwork . Bahannya semua ada. Makanya kita cuba...
Dan Alhamdulillah, sedap serta cantik kejadiannya

Bahan:
1 1/2 cawan beri biru (simpankan dalam 15 biji untuk letak bahagian atas adunan)
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil garam
1/2 cawan mentega
1 sudu kecil parutan kulit lemon
2/3 cawan gula kastor & 1 sudu besar gula untuk taburkan atas adunan
3 biji telur (jika saiz A)
1/2 cawan susu
Cawan kertas untuk meletak adunan

Penyediaan:
1. Panaskan oven pada suhu 190°. Dalam satu mangkuk, ayak tepung, baking powder & garam. Ketepikan.
2. Dalam mangkuk lain, pukul mentega, parutan lemon & gula hingga kembang (guna mixer atau guna whisk). Lebih kurang dalam 2-3 minit. Selepas itu, masukkan telur satu per satu sambil memukulnya.
3. Dengan menggunakan spatula, kacau adunan dengan memasukkan tepung & susu silih berganti dalam mangkuk adunan sehingga sebati. Masukkan pula beri biru. Kacau berlahan-lahan hingga mesra.
4. Dengan menggunakan skop aiskrim, ceduk adunan & masukkan dalam cawan kertas. Masukkan adunan dalam 2/3 saiz cawan kertas. Kemudian, taburkan sedikit gula di permukaan adunan & letakkan sebiji dua buah beri biru di atasnya.
5. Bakar muffins dalam 20-25 minit atau sehingga kuning keemasan. Keluarkan & sejukkan muffins seketika baru boleh ngap.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...