Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Sedapnya Ikan Tongkol Masak Kicap Berempah


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua.

First time buat menu ni. Selalunya kalau bab berempah ni, masak ayam yang sering dimasak. Tapi dek kerana saya lebih suka makanan laut, jadinya kita try menu baru.

Resipi ni, saya ambil web @matgebu di tiffinbiru. Alhamdulillah sedap. Ini resipinya jika nak cuba.

Bahan:
1 ekor ikan tongkol dikerat & cuci bersih
1 biji bawang besar dihiris bulat & leraikan
4 ulas bawang putih, diketuk
1 inci halia, hiris nipis
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji cili merah, belah 2 tapi tak putus
2 biji cili hijau, belah 2 tapi tak putus
1 1/2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar ketumbar biji*
1/2 sudu teh jitan manis (kasar)*
1/2 sudu teh jintan putih (halus)*
1 sudu teh lada sulah*(*ditumbuk halus)
1 sudu besar penuh gula pasir
2 sudu besar kicap pekat
1/4 cawan kicap lemak manis
1/3 cawan jus asam jawa
1 cawan air

Penyediaan:
1. Ikan digaul dengan sedikit serbuk kunyit & sedikit garam hingga rata. Goreng ikan tadi hingga masak, tak perlu sampai garing. Angkat dan toskan. Ketepikan.
2. Panaskan 5 sudu besar minyak masak, kemudian masukkan gula pasir & masak dengan api kecil hingga gula bertukar perang & menjadi karamel. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, halia & bawang putih, kacau rata & tambah cili kisar. Masak hingga cili garing.
3. Masukkan bahan yang telah ditumbuk halus (*), masak sekejap. Tambah kicap pekat, kicap lemak manis & jus asam jawa. Tambah air & kacau rata dan biarkan mendidih.
4. Masukkan ikan & masak sebentar, balikkan ikan agar mesra. Masukkan bawang besar, & cili, kacau & masak hingga kuah sedikit pekat. Rasa & jika kurang masin tambah garam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...