Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Khamis, 26 November 2020

Jejari kentang & sosej berkeju dengan sos bolognese


Untuk yang tak berapa nak diet, menu ni sesuai sangat menghadapnya. Tapi, seminggu atau dua minggu sekali dah cukup. Jika boleh buat banyak, boleh buat bekal lagi (Rudy bawak pi ofis skit arini).

Bahannya:
1/2 pek jejari kentang
7 batang sosej dipotong serong
1 cawan keju mozzarella
1/2 biji bawang besar didadu
3 ulas bawang putih didadu
3 sudu minyak zaitun
1 cawan daging cincang
4 sudu besar tomato puri
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil oregano



Penyediaan:
1. Goreng kentang sehingga masak dan toskan minyaknya. Ketepikan.
2. Dalam kuali lain, masukkan 2 sudu besar minyak masak dan gorengkan bawang bila minyak sudah panas. Api sederhana aje.
3. Bila bawang dah sedikit garing dan naik bau, masukkan daging cincang dan hancur-hancurkan dia dalam kuali tu. Masak sehingga kelihatan tiada darah lagi keluar.
4. Masukkan puri tomato dan suku cawan air. Gaul sehingga sos mendidih.
5. Masukkan pula sos tomato dan sos cili dan lebihan air tadi. Gaul sehingga mendidih.
6. Masukkan pula parutan lobak merah. Gaul dan biarkan selamat 2-3 minit. Biar mesra.
7. Masukkan pula gula dan garam secukup rasa serta daun oregano/rosemary. Kacau dalam 1-2 minit atau sos tidak terlalu cair (sedang2 gitu). Pastu tutup api dapur.
8. Letakkan kentang goreng tadi atas pinggan tahan panas atau yang boleh masuk microwave. Sendukkan 2 senduk sos bolognese tadi ke atas kentang dan kemudian letak kepingan keju cheddar tadi / parutan keju ke atas sos pula. Masukkan pinggan tadi ke dalam microwave dan ambil masa 2-3 minit untuk cairkan keju tersebut. Tadaaaaa... Dah siap... (oh ya, kalau masuk dalam oven, bakar pada suhu 140C sehingga keju cair dan sedikit perang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...