Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Penne masala berdaging, menu pasta yang mudah yang enak dimakan pagi atau petang.


 Assalammulaikum & Salam Sejahtera. Thanks to Sheila Rusly untuk resipi penne masala berdaging yang dikongsi di medsosnya. Dek kerana mostly bahan-bahan dia ada stoknya, makanya kita ngetest. Ada 1-2 bahan yang saya tambah skit 😁. Ikut sedap tekak sayalah.

Bahan:
1 pek pasta penne direbus
1 biji bawang didadu
4 ulas bawang putih didadu
3 tangkai daun kari
2 inci halia didadu
1 sudu besar garam masala
1/2 sudu besar serbuk ketumbar
1/2 sudu besar jintan manis
1 sudu besar serbuk cili
1/2 sudu kecil kas kas
2 kiub pati ikan bilis
1 cawan daging cincang
2 biji tomato potong 8
1 batang tangkai saderi dihiris serong
1 tangkai cili hijau dihiris
1/2 cawan mix vege
1 cawan tomato puri
1/2 cawan air
2 sudu besar chili flakes
Minyak zaitun untuk menumis


Penyediaan:
1. Panaskan minyak zaitun dalam kuali. Kemudian, tumis daun kari, bawang besar, bawang putih & halia. Masak hingga sedikit garing.
2. Masukkan rempah ketumbar, jintan, garam masala, kaskas & serbuk cili. Gaul hingga mesra. Selepas itu, masukkan tomato puri & kacau lagi.
3. Masukkan pula kiub ikan bilis, pecah-pecahkannya & sedikit air kemudian kacau. Selepas itu, masuk tomato, batang saderi & daging cincang. Kacau hingga daging separuh masak.


4. Letakkan pula mix vege & cili hijau lalu masak seketika. Akhir sekali, masukkan penne & chili flakes. Gaul hingga semuanya mesra.Tutup api & letakkan dalam bekas hidangan. Taburkan sedikit chili flakes & hirisan daun saderi atau daun ketumbar. Siap untuk dihidang penne masala berdaging kita dengan menu lain jika ada.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...