Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Biskut lembut cip coklat yang sedap


 Assalammulaikum & Salam Sejahtera.

Bila mood sedih & tak mahu layankan sangat, kita sibukkan diri dengan masak di dapur. Tapi bila di dapur pun, still teringatkan the bulus yang dah takde. Mana tidaknya, terpandang aje area barang & microwave Rudy terus cakap, "Time-time gini, depa selalu tidur kat situ. Arini kosong aje..." 😔

Ok. Ini bahan biskut lembut tu. Rudy kata sedap. Ayah mertua pun berulang makan.
Customer saya yang dok melbourne pun suaminya kata sedap. Bila depa kata sedap, makanya insyaAllah sedaplah resipinya.

Bahan:
2 3/4 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking powder
250gm mentega suhu bilik
1 3/4 cawan gula perang
2 biji telur suhu bilik
2 sudu kecil ekstrak vanila
2 cawan cip coklat

Penyediaan:
1. Ayak tepung gandum, garam, baking powder & baking soda dalam satu bekas besar. Ketepikan.
2. Dalam mangkuk lain, pukul mentega & gula perang guna aje hand mixer sehingga adunan menjadi pucat & gebu. Kemudian, masukkan telur satu persatu ke dalam adunan. Selepas itu, masukkan pula ekstrak vanila. Pukul hingga mesra guna kelajuan rendah. Masukkan bahan kering tadi sedikit demi sedikit sehingga mesra.
4. Tutup mixer & masukkan cip coklat ke dalam mangkuk adunan. Kacau guna spatula atau senduk kayu aje. Gunakan plastik wrap / cling & tutup adunan tersebut dengan menekannya rapat. Simpan doh biskut ini ke dalam peti sejuk selama 2-3 jam.


5. Panaskan oven pada suhu 180°c. Letakkan 2 helai kertas surih (parchment paper) di atas loyang membakar. Gunakan skop aiskrim & skop doh tersebut. Jarakkan setiap skop biskut 2 inci. Bakar adunan selama 12-15 minit iaitu sehingga permukaan tepi biskut garing di tepi & bertukar seluruhnya berwarna perang.
6. Keluarkan biskut dalam oven & biarkan biskut menyejuk dalam 10 minit dalam tray sebelum dipindahkan ke atas 'wire rack'. Ulang proses yang sama untuk adunan berbaki.

Tq @foodnetwork for the recipe.
Our family love it 💞💞

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...