Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Isnin, 16 November 2020

Cencaru bakar sambal tempoyak serius sedap


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Untuk peminat ikan & peminat tempoyak, haruslah cuba ya. Sangatlah sedap. Nak lagi kaw, korang lebihkan sikit cili padi masa menumbuk tu & daun kunyit letak 2-3 helai (kalau ikannya 3 ekor). Bila bakor aje, harum rumah bau tempoyak kome...

Bahan:
3 ekor cencaru saiz sederhana dicuci bersih, dibelah belakang & disalut kunyit garam
1 cawan tempoyak
20-25 batang cili padi
3 helai daun kunyit dihiris halus
3 sudu besar minyak untuk bakar atas kuali ajaib

Penyediaan:
1. Tumbuk cili padi hingga lumat. Masukkan tempoyak & daun kunyit dalam lesung. Gaul mesra.


2. Masukkan/sumbat tempoyak ke bahagian belakang & bahagian perut ikan. Panaskan kuali ajaib/kuali leper & letakkan sedikit minyak. Setelah panas, letakkan ikan perlahan-lahan & biarkan masak dalam 2 minit sebelum katup kuali ajaib. Biarkan ikan masak sepenuhnya dalam 3-4 minit. Buka kembali penutup & terbalikkan ikan untuk bakar sebelahnya pula. Masak dalam 2-3 minit lagi. Siap untuk dihidang. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...