Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Kali ni saya cuba masak kupang masak cili padi yang pedas untuk famili. Alhamdulillah, depa suka.
Sebenarnya, asalny saya order lala tapi udahnya ali ikan kata kupang aje ada di pasar. Kupang pun kupanglah. Tq so much Encik Ali sayur bawakan stok seafood.
Ini resipinya.
Bahan:
3-4 tangkai daun kari
2 biji bawang merah dihiris (dek kerana rumah saya jarang ada bawang merah, saya guna 1 biji bawang besar)
3 ulas bawang putih dihiris
15 batang cili padi dipotong (nak podeh lagi, pandai2 le tambah ya...)
1 sudu besar udang kering (rendam dlm 1-2 minit)
Bahan pes (satukan semua bahan ini dalam mangkuk kecil):
1 pek kecil rempah kari ikan
5 sudu besar kicap pekat
5 sudu besar kicap cair
3 sudu besar sos tiram
1-2 cawan air
1kg kupang dicuci bersih
2 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa
Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar, bawang putih, cili padi, daun kari & udang kering. Goreng sehingga naik bau atau bawang sedikit garing.
2. Kemudian, masukkan pes tadi dan kacau. Masak sehingga pecah minyak dan tambah air. Bila mendidih, gaul dan tambah sedikit garam secukup rasa.
3. Masukkan kupang & gaul perlahan-lahan sehingga mesra. Kemudian tutup kupang dengan tutup periuk nasi atau apa aje yang sesuai bagi memastikan kupang masak sekata. Biarkan dalam 4-5 minit api sederhana.
4. Angkat penutup dan gaul perlahan-lahan kupang tersebut & jika anda dah pasti kupang sudah masak semuanya, bolehlah tutup api (jika masih belum masak sebab kuantiti banyak, tutup sekali lagi dengan penutup periuk dalam 2-3 minit). Siap & pindahkan dalam mangkuk besar kupang masak cili padi pedas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan