Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Dalca Sayur Resipi Mama untuk anak-anaknya.


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Dalca sayur. Enak makan dengan nasi putih mahupun nasi tomato. Menu ni kalau tengok, lebih kurang macam lauk kenduri. Mama punya idea nak masak menu ni hari ni. Kita pun belajarlah apa yang patut. 

Bahan:
Kaki & leher ayam (jika nak guna ayam atau daging, boleh aje tukar)
1 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
2 inci halia dihiris
2 sudu besar cili giling
1 pek kecil rempah kari
3 tangkai daun kari
1 liter air
1/2 kotak santan (kotak kecil)
2 biji kentang potong 8
2 biji terung dipotong 6
1 batang lobak merah potong wedges
10 tangkai kacang panjang potong pendek
1 keping asam keping
Gula & garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang besar, bawang putih, halia & tumis hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga garing. Masukkan pes rempah kari & daun kari. Masak hingga terbit minyak. Guna api sederhana & kacau.
2. Masukkan pula kaki & leher ayam. Kacau sebentar & masukkan 500ml air. Kacau seketika & biarkan ia masak sebentar. Kemudian, masukkan kentang & lobak merah. Gaul sesekali hingga kentang sedikit lembut.
3. Masukkan baki air 500ml lagi & masukkan santan. Kacau. Masukkan asam gelugor. Biar mendidih.
4. Masukkan pula kacang panjang & terung. Kacau & biar mendidih. Tutup sebentar kuali dengan penutup kuali atau penutup periuk nasi. Tutup dalam 5 minit. Untuk pasti semua sayur masak sekata. Selepas itu, angkat penutup, kacau sebentar & masukkan garam gula secukup rasa. ambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masak sekejap & siap dalca sayur kita untuk famili. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...