Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Jumaat, 17 Januari 2020

Mi Goreng Pattaya yang Sedap


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Saya guna mi kering untuk masak menu ni. So, ia kelihatan macam makan mi segera.
Anyway, resipinya. Simple.

Bahan:
4 keping mi kering direbus seketika & ditapis
1 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
3 sudu besar cili giling
1/2 cawan air (untuk masakkan cili giling tu sebentar)
5 biji fishball dipotong dua (letak aje apa yg ada dlm fridge)
1/2 cawan isi ayam
3 sudu kicap biasa
1 sudu kicap pekat
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
1 biji tomato potong dadu
1 biji telur
1 ketul tauhu putih
3-5 tangkai sawi pendek. Dipotong
4 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa
2 biji telur untuk membalut mi

Penyediaan:
1. Panaskan minyak & tumis bawang merah & putih
2. Bila dah garing sedikit, masukkan cili giling & gaul sebentar. Masukkan pula air & tomato, kacau. Biarkan masak sebentar.
3. Bila kelihatan garing sedikit, masukkan potongan fish cake/fish ball/ayam. Kacau.
4. Masukkan kicap biasa, kicap pekat, sos tiram & sos cili. Gaul semuanya agar sekata. Tambahkan sedikit air jika nampak kering.
5. Masukkan pula telur & kacau sedikit. Bila dah lihat telur macam dah berketul sedikit (separuh masak), masukkan mi & sayur. Masukkan tauhu yang diramas. Kacau sehingga semua bahan masakan sebati. Jika warna tak berapa umph, tambahkan sedikit kicap. Jika tak berapa basah, tambahkan sedikit kicap cair & sos tiram. Kacau & angkat.
6. Untuk balutan telur, pecahkan telur dalam mangkuk. Panaskan kuali & masukkan sedikit minyak. Goyang kuali agar minyak merebak sekitar 1/3 saiz kuali. Masukkan telur & ratakan. Masakan seketika & bila nampak sedikit garing tepinya, masukkan mi goreng dalam 4-5 sudu. Perlahan-lahan, balut mi tersebut. Ambil sekeping pinggan & telangkup atas balutan. Dengan pantas, terbalikkan balutan mi. Taburkan dengan daun bawang & cili potong. Siap.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...