Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
Daging Masak Kicap
Assalammualaikum & Salam Sejahtera.
Resipi sedap & feveret semua peringkat umur. Yang penting, untuk dapatkan daging yang lembut & senang mengunyahnya, hiris daging ikut saiz yang anda mahu & rebus daging lebih kurang 20 minit.
Ini resipinya.
Bahan:
1kg daging hiris nipis, dicuci & direbus 20 minit untuk lembutkannya.
1 sudu kecil lada hitam ditumbuk
1 biji bawang besar dihiris bulat
2 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris
3 tangkai cili merah dipotong tengah
5 sudu besar kicap pekat
4 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil minyak bijan
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
1 1/2 cawan air
Minyak untuk menumis
Penyediaan:
1. Gaul daging dengan serbuk lada hitam, kicap pekat, kicap manis & minyak bijan hingga rata dan perap dalam 1/2 jam. Simpan dalam fridge.
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, bawang putih & halia hingga harum. Masukkan daging yang diperap tadi bersama bahan perapan. Gaul rata. Masukkan pula air. Kacau & biarkan ia masak dalam 15 minit guna api sederhana.
3. Kemudian, setelah daging agak empuk, masukan hirisan bawang & cili merah. Gaul rata & masak sebentar. Jika rasanya ok boleh matikan api. Pindahkan dalam mangkuk. Siap
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan