Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Resipi Blueberry Cobbler @ Beri Biru Pembuat Kasut


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Resipi Blueberry Cobbler.
Bila baca novel, selalu keluar menu cobbler ni. Ada yang buat peach cobbler, blueberry cobbler, strawberry cobbler & macam2 lagi. Dan bila nampak satu kedai buah ni jual blueberry pada harga yang murah berbanding biasa, kami beli.

Dan Alhamdulillah, rezeki dapat masak & rasa apakebendanya cobbler ni. Ia manisan yang sedap & enak dimakan sekali sekala. Ini resipinya.

Bahan:
2 cawan buah beri biru dibasuh bersih
1 sudu besar jus lemon
1 cawan tepung gandum
1/4 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil buah keras
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan susu
3 sudu besar mentega suhu bilik
1/2 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar tepung jagung (untuk topping)
1 cawan gula perang (untuk topping)
3/4 cawan air panas

Penyediaan:
1. Panaskan oven pada suhu 175°. Masukkan buah beri biru ke dalam bekas 22 x 15cm & ratakan. Taburkan jus lemon di atas buah beri (ala kadar aje). Ketepikan.
2. Dalam mangkuk besar, masukkan tepung gandum, gula perang, susu, mentega, garam, buah keras & esen vanila. Pukul bahan sehingga menjadi adunan yang gebu. Lapiskan adunan ini di atas buah beri. Ratakan.


3. Untuk topping, campurkan gula perang & tepung jagung. Gaul mesra. Taburkan campuran ini di atas adunan tepung. Tuang air panas perlahan-lahan atas adunan. Kemudian, buat beberapa lubang (4-5 lubang) di atas adunan cobbler tadi. Biar air sedikit masuk ke bahagian bawah.


4. Masukkan ke dalam oven. Bakar lebih kurang 50-60 minit sehingga bahagian atas berkerak keemasan & kelihatan belon buah beri menggelembung ke atas. Setelah masak, keluarkan perlahan-lahan & biarkan ia sejuk dalam 30 minit sebelum makan (kang tak pasal-pasal melecur mulut). Enak di makan dengan aiskrim atau begitu sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...