Assalammualaikum & salam sejahtera. Kali ni saya nak kongsi resipi sambal sotong kembang kegemaran saya, abah dan ayah mertua. Kami kalau jumpa lauk ni kat kedai makan atau kenduri, tangan tu akan ringan aje mencapai (tak selalu tapi kalau pi 10 kedai makan, 2 kali mesti ada senduk). Jadinya, kali ni saya kongsikan resipi feveret kami untuk anda cuba. Mana tahu, kot kena dengan selera tekak ke. Sambal sotong ni kalau nak rasa nikmat memakannya, kena makan dengan nasi lemak atau nasi putih. Kalau nasi minyak ke, nasi briyani ke, nasi tomato ke, rasa dia macam tak me'nyengat'.
Sambal sotong kembang yang buat nasi makan bertambah-tambah
Assalammualaikum & salam sejahtera. Kali ni saya nak kongsi resipi sambal sotong kembang kegemaran saya, abah dan ayah mertua. Kami kalau jumpa lauk ni kat kedai makan atau kenduri, tangan tu akan ringan aje mencapai (tak selalu tapi kalau pi 10 kedai makan, 2 kali mesti ada senduk). Jadinya, kali ni saya kongsikan resipi feveret kami untuk anda cuba. Mana tahu, kot kena dengan selera tekak ke. Sambal sotong ni kalau nak rasa nikmat memakannya, kena makan dengan nasi lemak atau nasi putih. Kalau nasi minyak ke, nasi briyani ke, nasi tomato ke, rasa dia macam tak me'nyengat'.
6 tip tawakal dalam rezeki
Sebuah hadis tentang tawakal telah diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab r.a bahawa Nabi SAW bersabda:
لَوْ أَنَّكُمْ تَتَوَكَّلُونَ عَلَى اللَّهِ حَقَّ تَوَكُّلِهِ لَرَزَقَكُمْ كَمَا يَرْزُقُ الطَّيْرَ تَغْدُو خِمَاصاً وَتَرُوحُ بِطَاناً
Dalam menjelaskan maksud hadis ini, Imam al-Munawi berkata: Hal ini menunjukkan bahawa tawakal tidak boleh dengan meninggalkan usaha. Tawakal hendaklah dengan melakukan pelbagai usaha yang akan membawa kepada hasil yang diingini. Hal ini kerana burung pun memperoleh rezeki dengan berusaha. Mereka terbang, keluar dari sarang. Justeru, hal ini memberi petunjuk kepada kita untuk berusaha mencari rezeki dengan pelbagai cara selagimana masih dalam redha Allah.
Dalam hadis ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan bahawa tawakal yang sebenarnya bukanlah bererti bermalas-malasan dan enggan melakukan usaha untuk mendapatkan rezeki, sebaliknya tawakal yang benar hendaklah dengan melakukan pelbagai jenis usaha dan cara yang dihalalkan untuk memperoleh rezeki. (Dinukilkan dalam Tuhfah al-Ahwazi bi Syarh Jami’ al-Tirmizi)
- Rezeki yang diperoleh datang daripada Allah dan dipinjamkan sementara kepada manusia di dunia.
- Rezeki yang kita peroleh hanyalah nikmat dunia yang bersifat sementara. Rezeki yang dinikmati sekarang tiada apa-apa nilai di akhirat nanti.
- Rezeki bukan sahaja merupakan nikmat, pada masa yang sama merupakan ujian.
- Rezeki itu pelbagai bentuk. bukan sahaja berbentuk material seperti harta benda, malah juga berupa kemanisan dalam ibadah, kesihatan, anak-anak yang soleh, ketenangan dan sebagainya.
- Allah berhak memberi rezeki kepada sesiapa sahaja dan berhak menahan rezeki daripada sesiapa jua. Oleh itu, kita langsung tiada hak untuk mempersoalkan soal rezeki.
- Rezeki yang ada dalam tangan kita kini bukan milik kita sepenuhnya, malah ada hak orang lain iaitu melalui zakat atau sedekah. Satu keajaiban dalam Islam, semakin banyak yang diberi semakin banyak akan kita peroleh nanti, bukannya semakin susut. Ibarat berjalan berkaki ayam, tapak kaki bukan semakin haus malah makin tebal.
- Petikan artikel dari Majalah Solusi Isu 9, m/s 1.
Rendang kerang, menu pembangkit selera bila makan dengan nasi lemak mahupun nasi putih
1 biji bawang besar
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 batang serai
Bahan bahan:
1kg isi kerang
200 ml santan
1 serai diketuk
1 sudu besar cili kisar
1 keping asam keping
1 sudu besar garam
1 sudu besar gula Melaka / gulau anau
Sup ketam yang sedap layan bila badan dan tekak tak sihat
Bahan:
Ketam - 2 ekor dipotong dua & cuci bersih
Bawang besar - 1/2 labu dihiris halus
Bawang putih -2 dicincang halus
Bunga lawang - 1 kuntum
Bunga cengkih - 2 biji
Minyak zaitun -2 sudu besar (boleh aje pakai minyak sayuran)
Lobak merah - 1 batang dikerat 4 bahagian & potong suku
Batang saderi - 2 batang potong serong
Rempah sup - 1 pek kecil
Garam secukup rasa
1. Panaskan minyak dan tumis bunga lawang dan bunga cengkih. Kemudian tumis bawang dan bawang putih.
2. Setelah naik bau, masukkan air dan lobak merah. Masak sehingga air mendidih. Kemudian, masukkan pula batang saderi.
3. Lebih kurang 2 minit, masukkan rempah sup yang telah dikacau dengan sedikit air. Masak lebih kurang 5 minit dan kemudian masukkan ketam.
4. Pastikan api sederhana besar bila ketam dah dimasukkan. Kacau perlahan-lahan sehingga ketam kelihatan kulitnya sudah semuanya merah dan isi dalamnya nampak masak (kalau belah 2 tu, confirm boleh nampak isi dalam ketam masak cantik).
5. Masukkan garam secukup rasa dan kacau sebentar. Bila rasa dah ok, tutup api dan hidangkan sup ketam kita dalam mangkuk besar.
7 kelebihan menukar cara berfikir ‘Kenapa ini berlaku kepada aku?’ kepada ‘Apa yang Allah mahu ajari aku?’
Dalam kesukaran hidup, seringkali kita diuji dengan ayat ‘Kenapa ini berlaku kepada aku?’ berbanding dengan kita cuba menukar kepada ayat menguatkan hati seperti ‘Apa yang Allah mahu ajari aku?’ Kita semua berdepan dengan cabaran, kesusahan, kesedihan dan situasi yang tak terjangka, namun, cara kita melihat dan mentafsirkan pengalaman tersebut boleh menentukan bagaimana kita mengharungi kehidupan ini. Perubahan dari mentaliti mangsa kepada mentaliti pembelajaran merupakan titik perubahan yang besar – satu game changer dalam kehidupan peribadi dan emosi kita. Kita sendiri sedang memilih sama ada ingin bersangka baik dahulu atau terus berfikiran negatif.
Berikut adalah 7 kelebihan mengapa perubahan menukar cara berfikir ini sangat penting pada setiap individu.
1. Membina Kawalan Diri dan Kuasa Dalaman
Apabila kita berhenti bertanya, “Kenapa ini berlaku kepada aku?” dan mula bertanya “Apa yang cuba Allah ajari aku?”, kita mengambil semula kuasa ke atas hidup kita. Kita tidak lagi meletakkan diri sebagai mangsa keadaan, tetapi sebagai individu yang berkuasa untuk bertindak balas dengan bijak. Kita menentukan hala tuju fikiran kita untuk melawan prasangka negatif yang menerjah dahulu.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan kepada umatnya, “Janganlah seseorang daripada kamu meninggal dunia kecuali dalam keadaan berbaik sangka kepada Allah.” (Hadis riwayat Muslim daripada Jabir r.a.)
2. Meningkatkan Kesedaran Diri
Soalan “Apa yang situasi ini cuba ajarkan?” membuka ruang untuk refleksi diri. Kita mula menyedari corak tingkah laku, reaksi emosi dan pelajaran hidup yang mungkin sebelum ini kita abaikan. Kesedaran ini membawa kepada pertumbuhan peribadi. Secara tidak langsung, apa yang berlaku mematangkan cara berfikiran kita.
Dunia Shuaib berpesan, “Bila kita isikan minda kita dengan fikiran positif, kehidupan kita akan turut berubah.”
3. Mengurangkan Tekanan Emosi
Mentaliti mangsa sering kali membawa kepada tekanan, kecewa, sakit hati dan rasa putus asa. Tetapi apabila kita melihat cabaran sebagai guru dan panduan hidup untuk mengajar kita ilmu baru, tekanan itu berubah menjadi ruang untuk berkembang. Kita mula menerima bahawa tidak semua perkara berlaku kepada kita adalah masalah – ada yang berlaku untuk kita menjadi matang.
4. Meningkatkan Rasa Syukur
Bila kita mula mencari makna di sebalik setiap ujian, kita akan lebih mudah menghargai kehidupan – walaupun dalam kesulitan. Kita melihat hikmah dalam musibah dan rasa syukur akan mula tumbuh daripada kesedaran tersebut. Syukur itu bukan setakat ucapan tetapi ia berlaku bila kita merasainya sendiri melalui perlakuan dan tindakan.
“Berfikiran positif bukanlah mangabaikan masalah kehidupan, ia adalah bagaimana Allah membantu kita jika ikhlas mencuba untuk mencari jalan keluar.” (Omar Suleiman)
Dengan perspektif baru, kita tidak lagi menyalahkan diri sendiri atau orang lain secara automatik. Kita mula bertanya: “Apa peranan saya dalam situasi ini?” atau “Apa yang saya boleh perbaiki?” Ini menjadikan kita lebih matang dalam hubungan. Bukan itu sahaja, menukar perspektif baru ini juga membantu menukar sudut pandang kita kepada hidup. Kita tahu bahawa, Allah tidak menjadikan kita atau masalah kita itu sebagai beban berpanjangan. Dia tahu kita mampu mengharunginya.
“…. Ini adalah daripada kurniaan Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku kufur dengan nikmat pemberian-Nya. Sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah bagi dirinya sendiri…” (Surah an-Naml 27: 40)
6. Membina Ketahanan Jiwa (Resilience)
Orang yang mampu melihat pelajaran dalam cabaran adalah orang yang lebih kuat dari dalam. Mereka tidak mudah rapuh kerana mereka tahu – setiap kesakitan membawa kebijaksanaan. Ini menjadikan mereka lebih bersedia menghadapi masa depan. Dan untuk membina kekuatan dalaman ini, sudah semestinya banyak air mata dan keringat tumpah dalam mengharungi cabaran ujian yang disediakan oleh Allah.
7. Membuka Jalan Kepada Kehidupan yang Lebih Bermakna
Apabila kita hidup dengan kesedaran bahawa setiap perkara membawa makna, hidup menjadi lebih mendalam dan penuh arah tuju. Kita mula menyedari bahawa semua yang berlaku adalah sebahagian daripada perjalanan jiwa kita yang telah ditetapkan oleh Allah sejak dari azali lagi. Cuma, apa yang kita perlu lakukan adalah terus dan terus bersangka baik kepada Dia dan lawan emosi jahat atau rasa negatif yang sentiasa mengganggu jiwa.
Daripada Abu Humaid al-Saidi r.a., Nabi s.a.w bersabda, “Perelokkanlah cara kamu dalam menuntut perkara dunia. Sesungguhnya, setiap orang adalah dipermudahkan berdasarkan untuk ketentuan yang telah ditetapkan kepadanya.” (Hadis riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)
Mengubah soalan yang kita tanya kepada diri sendiri mungkin nampak seperti langkah kecil, tetapi kesannya sangat besar. Jadi, apabila cabaran seterusnya datang, cuba berhenti sejenak dan tanyakan kepada diri:
“Apa yang situasi ini cuba ajarkan kepada aku?” “Apa kebaikan yang Allah sedang tunjukkan?”
Persoalan seperti ini merupakan titik permulaan kepada kehidupan yang lebih tenang, bijaksana, matang dan penuh erti. Hidup ini indah, jangan sia-siakanya dengan berfikiran negatif sepanjang masa. Jauhi soalan ‘Kenapa ini berlaku kepada aku?’
Perancangan Allah itu indah: buat wanita yang belum berkahwin juga wanita yang tidak punya zuriat
Tekanan sama turut dirasai oleh wanita yang bergelar isteri tapi masih belum dikurniakan cahayamata. Bertahun-tahun mencuba, berikhtiar, mencari jalan sama ada moden mahupun tradisional tapi belum juga dikurniakan Allah dengan permata hati yang diingini. Hati kecil wanita akan mula terdetik, ‘Aku ini memang tak boleh mengandung ke? Aku ada masalah dalam badan yang aku tak tahu ke? Kami berdua normal tetapi kenapa sehingga kini tiada tanda aku mengandung?’ Soalan demi persoalan akan mula timbul mengganggu ketenteraman hidup. Bukan kita sahaja, pasangan kita turut tertanya-tanya dalam hati. Terutama jika sudah lebih 5 tahun bersama tapi masih tiada apa-apa.
Setiap doa yang kita bisikkan, setiap air mata dalam sujud malam dan solat, semuanya didengar dan dikira. Allah tidak pernah lupakan kita. Kita aje yang sering lupa. Allah sentiasa mendengar. Kadang-kadang kita rasa sepi itu satu hukuman, padahal ia mungkin satu ruang eksklusif yang Allah beri kepada hamba-Nya untuk lebih dekat dengan-Nya. Allah mahu dengar kita meluah segala dalam hati kepada-Nya. Allah mahu kita bersandar harapan padanya. Allah mahu kita bersangka baik banyak-banyak pada-Nya dan juga takdir yang diberikan. Orang selalu berkata, "Cakap memanglah mudah. Cuba letak diri dalam 'kasut' aku." Saya ada dalam situasi 'dalam kasut' itu. Saya sangat faham. Bertahun saya lalui kata perlian, sindiran, perlekehan. Tapi perlahan-lahan saya tahu, 'Ada sesuatu yang Allah mahu aku belajar".
Daripada Umar r.a, pernah suatu ketika Rasulullah s.a.w bersama pada sahabat, “Pernah sekumpulan tawanan dihadapkan kepada Rasulullah s.a.w. Ketika itu, ada seorang tawanan wanita berjalan dengan pantas, tiba-tiba dia menemui seorang bayi kecil (anaknya yang hilang) dalam kumpulan tawanan itu. Lalu, dia mendukung, memeluk dan menyusukannya. Maka, Rasulullah s.a.w bersabda, ‘Pada pandangan kalian, adakah wanita ini akan mencampakkan anaknya ke dalam api?’ Kami menjawab, ‘Tidak, demi Allah’. Baginda bersabda, ‘Allah lebih kasih terhadap para hamba-Nya melebihi wanita tersebut terhadap anaknya’.”
2. Waktu yang Diberi Ini Bukan Sia-sia
Wanita berusia lebih 35 tahun membawa bersamanya pengalaman, kematangan dan kekuatan yang luar biasa. Ini adalah fasa untuk benar-benar mengenali diri, menyembuh luka lama, menguatkan diri, belajar perkara baru dan menumbuhkan rasa kasih sayang terhadap diri sendiri dan bukannya menyalahkan takdir.
Mungkin anda belum dihadirkan pasangan hidup mahupun zuriat penyeri hidup, tapi Allah sudah hadirkan banyak cinta dalam bentuk lain yang kadang-kadang kita terlepas pandang — keluarga, sahabat, kerjaya, kesihatan, rezeki, ilmu dan peluang untuk memberi. Bukankah itu semua layak disyukuri? Terlalu banyak pemberian-Nya yang tak mampu kita tulis, ucapkan dan berterima kasih.
Hilangkan rasa sedih dan kecewa dengan penulisan jurnal: Terapi untuk wanita yang alami ujian emosi
Dapat dililhat, perjalanan hidup wanita yang sudah melepasi umur 35 tahun dan lebih sangatlah berliku dan penuh cabaran — dari tuntutan pelajaran, keluarga, kerjaya, sehinggalah perubahan emosi dan hormon yang datang seiring usia. Tidak hairanlah jika ada masanya perasaan sedih hadir tanpa diundang. Namun begitu, ada satu cara mudah dan berkesan untuk menguruskan emosi ini: menulis jurnal atau diari. Itu yang saya lakukan dalam masa lebih empat tahun ini.
Tak dinafikan ada waktu kita sedih, kecil hati, terasa hati, rasa dipinggirkan, rasa tidak berguna, rasa malu, hendak marah tapi tak tahu hendak luahkan pada siapa, rasa bengang dan pelbagai lagi emosi yang berupaya mengganggu-gugat perasaan tenang dan akal waras kita. Rasa dari kelompok negatif ini perlu disalurkan segera ke tempat yang betul agar tidak mengganggu keharmonian diri, keluarga dan orang sekeliling. Lebih teruk lagi, kita merosakkan diri sendiri (saya pernah alami situasi ini dipertengahan umur 20-an). Rasa ini tak best langsung. Bertahun saya ambil masa untuk pulih dan ada ketika orang salah faham dengan karektor saya.Mengapa Menulis Jurnal?
Menulis bukan sekadar mencatat peristiwa harian, tetapi ia adalah terapi emosi dan jiwa. Kajian menunjukkan bahawa dengan menulis, kita dapat mengekspresif apa yang terbuku di dalam dada. Bukan itu sahaja, dengan menulis atau mencatat, ia dapat membantu individu mengurangkan tekanan, mengenal pasti corak emosi, mengalihkan rasa marah atau sedih kepada perkara lain dan melepaskan bebanan dalaman.
Bagi wanita berusia 35 tahun dan lebih, fasa kehidupan ini sering melibatkan perubahan besar: anak-anak membesar, tekanan kerja meningkat, mula memikirkan cara mendapatkan wang lebih, kurangnya masa untuk berehat atau mula menyedari perubahan pada tubuh sendiri. Semua ini boleh menimbulkan rasa tidak tenang dan kerisauan. Di sinilah jurnal menjadi ruang peribadi untuk “bernafas”.
5 Cara penulisan jurnal menjadi terapi emosi menghilangkan perasaan sedih dan bimbang
1. Meluah Tanpa Menghakimi
2. Kenal Punca Kesedihan
- Kadang-kadang, kita rasa sedih tetapi tak pasti kenapa. Dengan menulis secara konsisten, kita mula nampak corak: Adakah sedih datang selepas berbual dengan seseorang? Atau selepas melihat gambar lama? Atau selepas menulis dalam whatsapp grup tapi tiada seorang pun ambil kisah? Dari sini, kita boleh mula faham dan merawatnya dari akar. Jika kita sedar ada kelemahan diri yang perlu diperbaiki, maka perbaikilah. Mungkin dari situ, ada sesuatu yang Allah mahu kita perbaiki atau tambah baik (sekarang ini, itu yang saya cuba lakukan bial sesuatu berlaku tidak seperti diharapkan).
3. Fokus pada Syukur
- Salah satu teknik journaling paling berkuasa ialah menulis tentang perkara yang kita syukuri setiap







