Tekanan sama turut dirasai oleh wanita yang bergelar isteri tapi masih belum dikurniakan cahayamata. Bertahun-tahun mencuba, berikhtiar, mencari jalan sama ada moden mahupun tradisional tapi belum juga dikurniakan Allah dengan permata hati yang diingini. Hati kecil wanita akan mula terdetik, ‘Aku ini memang tak boleh mengandung ke? Aku ada masalah dalam badan yang aku tak tahu ke? Kami berdua normal tetapi kenapa sehingga kini tiada tanda aku mengandung?’ Soalan demi persoalan akan mula timbul mengganggu ketenteraman hidup. Bukan kita sahaja, pasangan kita turut tertanya-tanya dalam hati. Terutama jika sudah lebih 5 tahun bersama tapi masih tiada apa-apa.
Pada situasi begini, sebagai manusia, kita pasti risau dan tertanya-tanya. Kita boleh rasa apa sahaja sebab memang kita punya hati dan perasaan. Cuma jangan terlalu menanamkan pada diri kata-kata negatif yang menjatuhkan diri sendiri. Kata-kata negatif, prasangka tidak baik, menyalahkan pasangan mahupun Allah dan lebih teruk lagi menyalahkan diri sendiri akan kelemahan yang kita tidak pasti kebenarannya sangatlah tidak digalakkan. Ia perlahan-lahan akan memusnahkan diri sendiri dari banyak sudut. Belajarlah untuk melihat segalanya dari sudut positif, sangka baik pada Allah, tambah ilmu agama, pelajari sirah Rasul, Nabi, para sahabat serta tabi' tabiin dan kita perlu lihat kelebihan di masa hadapan yang bakal dikurniakan Allah. Apa yang telah lepas dilayan sangat.
Setiap doa yang kita bisikkan, setiap air mata dalam sujud malam dan solat, semuanya didengar dan dikira. Allah tidak pernah lupakan kita. Kita aje yang sering lupa. Allah sentiasa mendengar. Kadang-kadang kita rasa sepi itu satu hukuman, padahal ia mungkin satu ruang eksklusif yang Allah beri kepada hamba-Nya untuk lebih dekat dengan-Nya. Allah mahu dengar kita meluah segala dalam hati kepada-Nya. Allah mahu kita bersandar harapan padanya. Allah mahu kita bersangka baik banyak-banyak pada-Nya dan juga takdir yang diberikan. Orang selalu berkata, "Cakap memanglah mudah. Cuba letak diri dalam 'kasut' aku." Saya ada dalam situasi 'dalam kasut' itu. Saya sangat faham. Bertahun saya lalui kata perlian, sindiran, perlekehan. Tapi perlahan-lahan saya tahu, 'Ada sesuatu yang Allah mahu aku belajar".
Ada satu hadis Nabi s.a.w yang kita boleh sandarkan kasih sayang Allah ini terhadap hamba-Nya, kita.
Daripada Umar r.a, pernah suatu ketika Rasulullah s.a.w bersama pada sahabat, “Pernah sekumpulan tawanan dihadapkan kepada Rasulullah s.a.w. Ketika itu, ada seorang tawanan wanita berjalan dengan pantas, tiba-tiba dia menemui seorang bayi kecil (anaknya yang hilang) dalam kumpulan tawanan itu. Lalu, dia mendukung, memeluk dan menyusukannya. Maka, Rasulullah s.a.w bersabda, ‘Pada pandangan kalian, adakah wanita ini akan mencampakkan anaknya ke dalam api?’ Kami menjawab, ‘Tidak, demi Allah’. Baginda bersabda, ‘Allah lebih kasih terhadap para hamba-Nya melebihi wanita tersebut terhadap anaknya’.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
2. Waktu yang Diberi Ini Bukan Sia-sia
Wanita berusia lebih 35 tahun membawa bersamanya pengalaman, kematangan dan kekuatan yang luar biasa. Ini adalah fasa untuk benar-benar mengenali diri, menyembuh luka lama, menguatkan diri, belajar perkara baru dan menumbuhkan rasa kasih sayang terhadap diri sendiri dan bukannya menyalahkan takdir.
Mungkin anda belum dihadirkan pasangan hidup mahupun zuriat penyeri hidup, tapi Allah sudah hadirkan banyak cinta dalam bentuk lain yang kadang-kadang kita terlepas pandang — keluarga, sahabat, kerjaya, kesihatan, rezeki, ilmu dan peluang untuk memberi. Bukankah itu semua layak disyukuri? Terlalu banyak pemberian-Nya yang tak mampu kita tulis, ucapkan dan berterima kasih. Pada waktu ini, kita belajar banyak perkara berdasarkan daripada pengalaman diri dan juga orang senasib.
“Oleh itu, ingatilah Aku (berzikirlah kepada-Ku dengan mematuhi hukum dan undang-undang-Ku), nescaya Aku akan mengingati kalian dan bersyukurlah kepada-Ku serta janganlah kalian kufur terhadap-Ku (nikmat-Ku).”
(Surah al-Baqarah 2: 152)
3. Belajar Bersyukur, Sekalipun Dalam Kekurangan
Syukur bukan bermaksud menafikan kesedihan, tetapi mengiktiraf kehadiran nikmat walaupun di celah-celah ujian. Ujian yang didatangkan kepada kita, wanita yang belum berkahwin mahupun belum punya zuriat jika dilihat bukanlah kecil kerana ianya melibatkan keadaan di masa hadapan, tapi sebagai hamba-Nya kita disuruh oleh agama untuk bersabar dan husnuzon (sangka baik) pada segala perancangan Allah meski tidak bersetuju. Latihanlah diri untuk sentiasa bersyukur. Mulakannya dengan hal-hal kecil dan sederhana yang memudahkan urusan seharian kita dan menggembirakan hati. Ingat! Allah tak beri apa kita mahu, tapi apa kita perlu. Sebagai contoh:
“Ya Allah, terima kasih kerana Engkau masih memberiku kesihatan. Aku mudah bangkit dari katil.”
"Aku bersyukur kerana punya tempat berteduh dan ada makanan di meja berbanding saudaraku yang sedang bergelut dengan peperangan sekarang.”
“Alhamdulillah, walaupun sendiri, aku masih punya masa untuk jaga diri dan kejar impian. Aku boleh buat apa aku suka.”

“Meski belum dikurniakan zuriat lagi, Kau tetap kurniakan aku suami yang baik yang berusaha menjaga makan, pakai dan agamaku.”
Setiap kali hati berbisik tentang kekurangan, ajarkan ia untuk melihat apa yang masih ada dan miliki. Cepat-cepat istighfar dan ubah sisi pandang kita.
“Give every day the chance to become the most beautiful day of your life.”
(Mark Twain)
4. Jangan Bandingkan, Tapi Raikan Diri
Usah bandingkan hidupmu dengan orang lain. Setiap orang melalui jalan hidup yang berbeza, dengan ujian dan rezeki yang Allah aturkan khas buat dirinya. Kita tidak lambat, kita juga tidak tertinggal. Cuma kita sedang melalui jalan yang Allah tahu paling sesuai untuk diri berkembang menjadi hamba-Nya yang diredhai. Jika bukan kerana ujian ini, kita mungkin ada rasa bangga diri, sombong, riak, ujub atau mempelekehkan orang lain. Ingat! Allah sedang jaga kita dari melakukan sesuatu yang Dia tidak suka.
Raikan setiap langkah yang diambil dan dilalui meskipun perlahan, sedih dan sukar. Raikan dirimu yang masih memilih untuk percaya, berharap dan bersyukur, walaupun dalam hati tertanya-tanya.
“Kebahagiaan itu dicapai dengan tiga perkara; bersabar ketika mendapat ujian, bersyukur ketika mendapat kenikmatan dan bertaubat ketika melakukan kesalahan.”
(Ibnu Qayyim al-Jauziyyah)
Wahai wanita hebat yang membaca ini, ketahuilah kamu dan saya bukannya “kurang”. Kamu dan saya sedang menjalani takdir yang cantik, meskipun pada luarannya belum nampak sempurna. Teruskan sahaja kita bersangka baik, menambah ilmu dan belajar untuk bersyukur — bukan kerana kita rasa hidup perlu lengkap, tetapi kerana kita percaya Allah sedang melengkapkan momen terbaik buat kita, satu demi satu, dengan cara-Nya yang penuh hikmah dan tersendiri.
Dan siapa tahu, barangkali dengan menambah ilmu, berkongsi perkara baik, bersyukur dan belajar menghargai, pintu kepada segala yang kita doakan selama ini Allah kabulkan. Dia beri apa yang kita perlu dan bukan apa yang kita mahu. Ingatlah itu selalu. Perancangan Allah itu indah cuma kita hanya mengetahuinya bila tiba saatnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan