Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Resipi tauhu goreng bersayur 10 minit siap


 Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Jom kita ngetest menu  tauhu goreng bersayur yang simple, murah dan cepat. InsyaAllah 10 minit dah siap.

Bahan:
1 genggam taugeh
1/2 genggam kucai
1/2 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dicincang
1 tangkai cili merah dihiris
1 biji telur
1 biji tauhu digoreng dan dipotong kasar
10 biji tauhu taupok potong dua
1/2 cawan air
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil cili flakes
Sedikit minyak untuk menumis


Penyediaan:
1. Panaskan kuali dengan api sederhana. Masukkan minyak. Sementara minyak panas, pecahkan telur dalam mangkuk dan kacau/dadarkan. Masukkan telur dalam minyak panas dan kacau kasar telur tersebut. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
2. Masukkan sedikit minyak. Setelah minyak panas, masukkan hirisan bawang besar, kacau sebentar dan masukkan pula bawang putih.  Kacau dan masukkan hirisan cili pula. Kacau.
3. Cili flakes pula ditabur dalam kuali diikuti dengan taupok. Gaul sebentar dan masukkan air, taugeh, kucai, sos tiram, hirisan tauhu goreng dan telur goreng tadi. Kacau mesra dan perasakan dengan garam. Kacau sebentar dan siap.

Roti Puri resipi Khairulaming yang menjadi


 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Roti puri dari Khairulaming, 1st time saya cuba. Ni semua gara-gara KA share kat socmed. Entah mana datang mood rajin, terbuat juga akhirnya. Alhamdulillah jadi. Terima kasih ya Allah. 

Nanti anda bolehlah cuba. InsyaAllah sedap. Sardin tu bolehlah buat ekstra, makan dengan nasi dan goreng telur dadar. Sedap...
Ini resipi roti purinya.

Bahan:
2 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar minyak sayuran / zaitun
1/2 sudu kecil garam
3/4 cawan air
1 sudu kecil yis
Sedikit tepung gandum untuk menguli lagi jika adunan melekit
Minyak untuk menggoreng


Penyediaan:
1. Masukkan tepung, minyak sayuran, garam, yis, air ke dalam satu mangkuk besar. Gaul dan uli sehingga menjadi doh. Tambah sedikit tepung jika doh melekit bila menguli. Selepas itu, rehatkan doh lebih kurang setengah jam. 

Simit, roti bijan turki yang besar dan seronok bila makannya


 Assalammualaikumm& salam sejahtera. Simit, roti bijan turki ni selalu keluar kat Youtube channel wanita turki yang saya follow. Keluar juga kat Youtube Refika. Dan kalau pi jenjalan kat Youtube, anda mesti nampak Simit ni kat mana-mana tempat pelancongan depa. Roti bijan atau Simit, kira macam roti jalanan mereka yang femes. Boleh makan begitu sahaja atau letak dengan jem or mentega atau cicah air. 

Kalau nak rasa simit original kat Malaysia, anda boleh cuba makan di Restoran Istanbul Cafe di Damansara. Everything kat situ memang masakan Turki. InsyaAllah sedap. Saya dah try menu-menu di situ separuh. Even chef dia pun ramah. Ini resipinya jika anda nak buat sendiri.

Bahan:
1 cawan air suam
1 sudu besar yis 
1 1/2 sudu besar gula kastor 
200ml susu suam 
1/4  cawan minyak sayuran 
1 biji telur saiz A 
2 sudu kecil garam 
5 - 6 cawan tepung gandum 

Untuk air salutan simit:
1/2 cawan air suam 
2 sudu kecil molases 
1/2 -1 cawan bijan 

Penyediaan:
1. Dalam satu bekas, masukkan air suam, yis dan gula kastor. Kacau sebentar dan biarkan selama 5 minit. Selepas 5 minit, masukkan susu dan minyak sayuran. Kacau dan masukkan dalam mangkuk besar.

Menu sup tulang dagingnya empuk, pasti bersudu-sudu makan.


 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Menu sup tulang daging empuk, menu simple di bulan puasa, hujung minggu mahupun raya. Sup tulang ni enak dimakan dengan bihun, nasi mahupun mi kuning. Nak sedap lagi, standby cili kicap dan bergedil. Confirm bertambah apa yang dimakan tu 😁😁

Kat pasar Nilai ni, kekadang aje ada orang berjualan daging dan tulang ni. Rezeki kamilah haritu bila ke pasar dapat beli. Ajak sekali family kak ipar datang berbuka. Masaknya mudah aje. InsyaAllah, Allah beri sedap.

Bahan tumbuk halus:
1 inci halia
5 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih

Bahan-bahan lain:
1 kg tulang lembu yang masih ada daging
1 sup bunjut 'sup tulang' Adabi
1 pokok daun sup, kerat kasar
1 sudu besar bawang goreng
1 sudu besar rempah sup
1/2 cawan air (disatukan dengan rempah sup)
1 sudu kecil lada hitam ditumbuk (boleh aje guna dah siap kisar)
1 batang kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
Garam secukup rasa
Air secukupnya


Penyediaan:
1. Tulang lembu dicuci bersih, gaul dengan tepung gandum dan garam hingga rata. Perap 15 minit dan cuci hingga bersih. Masukkan tulang lembu dalam periuk, masukkan air hingga tenggelam dan rebus 30

Resipi sambal daging masak merah yang enak dimakan hari biasa mahupun raya


 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Sambal daging masak merah, menu ni saya buat masa bulan Ramadhan lepas. Ya, Ramadhan lepas. Sekarang baru sempat upload resipi. Hehehe...

Ini saya gabungkan sekali resipi mama dan mak mertua saya. Alhamdulillah sedap. Cuma bab daging tu, memang kena rebus lama untuk empuk. 

Bahan:
1/2 kg daging dipotong kecil
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 genggam cili kering siap rebus
1/2 tin kacang hijau
1 cawan minyak masak
2 liter air (tambah jika perlu untuk empukkan daging)
1/3 cawan air asam jawa
Gula dan garam secukup rasa


Penyediaan:
1. Masukkan cili kering, bawang besar, bawang putih, jintan manis dan 500ml air dalam pengisar. Kisar hingga halus. Panaskan minyak masak dalam kuali. Bila minyak dah panas, masukkan bahan kisar.Masak hingga mendidih.
2. Masukkan pula daging yang telah dipotong dengan 1 liter air. Rebus daging sekurangnya 2 jam. Jika daging tak berapa empuk lagi, tambah air dan masa. 
3. Bila daging sudah empuk, masukkan air asam jawa. Kacau hingga mendidih dan kuah kelihatan sedikit pekat. Masukkan pula garam dan gula.
4. Bila dah puas hati dengan kepekatan yang dimahu, masukkan kacang hijau. Gaul sebentar dan angkat untuk dihidang sambal daging masak merah kita.

Pengat pisang yang enak dimakan petang atau malam


 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. Sesekali makan pengat pisang, memang happening. Rasa enak aje lalu kat tekak. Itupun kalau ada rezeki dapat pisang yang boleh dibuat pengat. Kekadang tu, kat pasar or kedai ada pisang untuk makan or buat cekodok je. Takpelah rezeki Allah nak beri try menu lain waktu tertentu.

Ini resipinya jika anda nak cuba masak untuk family. Ayah mertua saya suka pengat pisang ni. 

Bahan:
2 biji pisang tanduk
2 helai daun panda, disimpul
500 ml air
500 ml santan
Secubit garam
1 ketul gula melaka, dipotong dua
1/3 cawan gula pasir

Penyediaan: 
1. Pisang tanduk dipotong sederhana tebal. Ketepikan.
2. Dalam periuk, satukan air ,gula pasir, gula melaka dan daun pandan. Masak hingga mendidih. Masukkan secubit garam. Biar mendidih.
3. Kemudian, masukkan pisang dan santan. Kacau perlahan dan rasa jika perlu tambah lagi gula atau tidak (kot ada yang nak manis skit lagi). Masak hingga pisang agak lembut. Jika ok, tutup api dan siap untuk dihidang pengat pisang kita pada keluarga.

Resipi gulai pucuk paku dengan ikan tenggiri yang marveles


 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Gulai pucuk paku dengan ikan tenggiri, one of my favourite gulai. Ada ikan, ada sayur dan berkuah. Bila makan dengan nasi, dapat tambah kicap dan popodam skit, dah sedap. Alhamdulillah. Try lah. Mungkin afa family anda suka.

Bahan:
2 ikat sayur pucuk paku
1 kotak santan (250ml)
5 keping ekor ikan tenggiri siap digoreng
2 ulas bawang merah
7 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
2 batang serai dititik
2 sudu besar minyak masak
garam secukup rasa


Penyediaan:
1. Bersihkan pucuk paku & potong bahagian daun & batang yang lembut sahaja.
2. Kisar halus bawang merah , cili api & kunyit dengan sedikit air. Ketepikan.
3. Masukkan minyak masak dalam kuali yang panas. Tumis bahan kisar halus ke dalam periuk. Masak di atas api perlahan & kacau sehingga kuah mendidih. Masukkan serai dan masak lebih kurang 5 minit.
4. Kemudian masukkan santan dan kacau. Masak hingga mendidih. 
5. Selepas itu, masukkan pucuk paku & ikan tenggiri sehingga pucuk paku lembut sepenuhnya. Perasakan dengan sedikit garam.Kacau sebentar & tutup api. Siap gulai pucuk paku dengan ikan tenggiri.

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...