Assalammualaikum & Salam Sejahtera.
Blog agak ditinggalkan sedikit lama. Diri ini bukan sahaja sibuk dengan urusan diri dan perniagaan tetapi juga urusan keluarga yang menuntut perhatian. Seminggu yang lalu, adik bongsu saya sudah selamat diijab kabul. Menjadi suri hati lelaki yang dicintainya. Bila lihat wajah ini, berharap yang mereka kekal perkahwinannya sehingga ke syurga.
Dikala melihat mereka diijab kabulkan, hati terdetik, mampukah dia menghadapi alam rumahtangga yang ada pasang surutnya? Mampukah dia bersabar dengan ujian yang bakal datang dalam pada kita tidak mahukannya? Tapi saya tahu, setiap apa yang berlaku sudah ketentuan oleh DIA yang Maha Berkuasa. DIA lebih tahu waktu dan tika yang sesuai dan terbaik untuk setiap hambaNya. Dan apabila dia sudah sah bergelar isteri, saya ter'tangkap' wajah abah. Rupanya dia sedih. Dia cepat-cepat menyapu air mata yang terbit dari mata. Tidak mahu tertangkap oleh orang lain tapi ditakdirkan terlihat oleh saya. Apa dalam hatinya, hanya ALLAH yang tahu. Moga doa sentiasa dititip olehnya pada anak-anaknya.
Alhamdulillah, akhirnya kami berempat sudah selamat menjadi suri hati pasangan masing-masing. Alhamdulillah kerana Allah mengurniakan kami pasangan yang saling lengkap melengkapi untuk kelebihan dan kekurangan yang ada dalam diri. Moga hubungan kekeluarga ini terjalin dengan eratnya antara banyak keluarga. Moga abah dan mama dikurniakan kesihatan yang baik untuk melihat kemunculan cucu-cucu mereka. :)
Alhamdulillah, kami berdua juga sudah selamat melayari bahtera perkahwinan selama 8 tahun. Dugaan, ujian, kesabaran dan macam-macam lagi sudah ditempuhi. Yang akan datang, kami pohon agar Allah memberikan kami kekuatan, kasih dan sayang serta kesabaran dalam menempuhinya. Moga hubungan kami berdua juga kekal hingga ke syurga. Saya ada kekurangan dan kelebihan, suami juga begitu. Dan Allah mentakdirkan kami bersama agar ia menjadi terbaik buat kami. Perancangan Allah tiada siapa yang tahu dan hanya padaNya tempat kita mengadu dan berharap.
Selamat Pengantin Baru my dearest sister yang selalu bergaduh dan bertikam lidah dengan saya. Moga berbahagia buat selamanya.
Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
Cekodok & Pancake, Timur & Barat bertemu jua
Dan hari ini, dua resipi timur dan barat ini bertemu jua di atas meja. Saya yang sukakan cekodok pisang dan hubby yang sukakan pancake. Dek kerana encik hubby asyik order breakfast pancake aje bila di KL Sentral, makanya, saya buatkan pancake untuknya hari ini. Biar makan puas-puas. Pisang pula, dek kerana ada banyak, maka, cekodok lah yang paling senang untuk dibuat.
Jom, kita cuba buat cekodok dan pancake. InsyaAllah, anda dan keluarga atau rakan mesti suka :)
Cekodok.
Bahan-bahan:
8 biji pisang emas atau apa aje pisang yang dah masak
3/4 camca teh soda bicarbonat
1 camca besar gula halus (saya guna gula kastor)
1 1/2 cawan tepung gandum (jika adunan lembik, boleh tambah lagi ya)
1/4 camca teh garam halus
Minyak untuk menggoreng
Penyediaan:
- Kupas pisang, lecek bersama gula, garam dan soda bikarbonate hingga hancur. Masukkan tepung dan gaul rata hingga sebati. Perap 30 minit.
- Panaskan minyak pada tahap sederhana. Boleh guna sudu atau tangan untuk menjemput kan adunan tadi ke dalam minyak panas. Jangan banyak-banyak sebab ianya akan kembang.
- Goreng hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian cekodok. Angkat dan toskan. Dah boleh makan lepas tu... Oh ya, jika cekodok agak berminyak, boleh toskan atas tisu atau relai besi.
Pancake.
Bahan-bahan:2 cawan penuh tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil bikarbonat
1/4 sudu garam
2 sudu besar gula kastor
1 sudu kecil ekstrak vanila
sebiji telur
2 cawan susu full cream atau jika pekat lagi adunan tepung, boleh tambah lagi susu agar cair (jgn cair sangat nanti lembik)
Penyediaan:
- Campur kesemua bahan. Kacau hingga sebati.
- Panaskan kuali non-stick. Jika tak ada kuala non-stick boleh aje guna kuali leper biasa cuma anda perlu ratanya dengan sedikit minyak di permukaannya agar pancake tidak melekat.
- Setelah panas, taruk campuran yang sudah digaul tadi ke atas kuali. Jika nak besar pancake, taruk banyak, Jika nak kecil aje, then, taruk sikit lah. Bila anda menuang adunan pancake tu, tuang setempat aje dan jangan pusing-pusing sebab adunan akan kembang dengan sendirinya.
- Bila gelembung-gelembung kecil banyak muncul di permukaan pancake, itu tandanya anda sudah boleh terbalikkan pancake tersebut untuk masak di bahagian sebelahnya.
Tada... pancake dah siap. Jika anda suka, boleh aje makannya dengan madu, pisang, whip cream, buah-buahan lain atau begitu sahaja. Kalau anda google, anda boleh lihat pelbagai jenis cara menarik untuk menikmati pancake.
Happy cooking...
4 1/2 bintang untuk buku Menalar Makna Diri
Assalammualaikum.
Buku Menalar Makna Diri ini hampir sebulan setengah baru selesai pembacaannya. Ada banyak kerja dan gangguan lain yang sedikit membantutkan kelancaran pembacaannya. Saya membeli naskhah buku ini bila terbaca tentangnya oleh seorang sahabat di FB. Agak menarik komen yang diberikan dan pantas saya selitkan order dengan staf karangkraf.
Jika saya sudah sukakan komen beberapa pembaca, saya akan cuba dapatkan naskhah buku tersebut. Dan Alhamdulillah, buku ini memang tidak mengecewakan. Namun, rasanya, pada sesetengah orang, buku ini kelihatan agak membosankan tapi tidak pada saya. Limpahan perkongsian ilmu, pengelaman, asbab dalam mempelajari setiap kejadian ada hikmahnya serta melihat pandangan sisi yang berbeza tentang sejarah dahulu dan sekarang juga senario politik dan persahabatan, mampu membuatkan saya bersungguh dan teruja untuk membaca dan terus membaca.
Adakala pengkongsian ilmu dan pengalaman penulis, membuatkan saya teringat tentang keadaan saya dahulu ketika belajar dan menyambung pelajaran. Pembelajaran serta penambahan ilmu baru adalah sesuatu yang sentiasa mengujakan saya. Dan ia antara sebab mengapa saya memilih pengajian master by research rather than ambil periksa dan terus dapat keputusan. Impaknya sudah saya ketahui sebaik melihat ke masa lalu bilamana menyelesaikan Diploma dan Sarjana Muda. You just read and remember with less implementation.Semangat untuk mengetahui kenapa, bagaimana, bila dan cara penyelesaian memang kurang. Memang tak menarik sangat rasanya bila memikirkan cara pembelajaran seperti itu. Jika tidak percaya, anda boleh cuba tanya anak saudara atau rakan anda yang muda tentang apa yang dipelajarinya pada semester pertama pengajian dahulu. Rasanya, hanya beberapa peratus sahaja yang ingat tentangnya dan yang sama ada ingat-ingat lupa atau lupa terus :)
Ada banyak perkara tentang buku ini yang mengingatkan saya bahawa ilmu, pengalaman, kepercayaan, persahabatan, hubungan dengan Allah, persekitan kita, secara tidak langsung membantu membina siapa diri kita yang sebenarnya. Sama ada kita mahu menjadi seorang yang responsif atau defensif.
Mari saya kongsikan beberapa keratan kata-kata yang menarik dalam buku ini. Harap, ia dapat membantu anda untuk memilih bahan bacaan dan berfikir dengan lebih kritis bukan hanya menerima tanpa berfikir. Itu pentingnya akal, fikiran dan ilmu.
Buku Menalar Makna Diri ini hampir sebulan setengah baru selesai pembacaannya. Ada banyak kerja dan gangguan lain yang sedikit membantutkan kelancaran pembacaannya. Saya membeli naskhah buku ini bila terbaca tentangnya oleh seorang sahabat di FB. Agak menarik komen yang diberikan dan pantas saya selitkan order dengan staf karangkraf.
Jika saya sudah sukakan komen beberapa pembaca, saya akan cuba dapatkan naskhah buku tersebut. Dan Alhamdulillah, buku ini memang tidak mengecewakan. Namun, rasanya, pada sesetengah orang, buku ini kelihatan agak membosankan tapi tidak pada saya. Limpahan perkongsian ilmu, pengelaman, asbab dalam mempelajari setiap kejadian ada hikmahnya serta melihat pandangan sisi yang berbeza tentang sejarah dahulu dan sekarang juga senario politik dan persahabatan, mampu membuatkan saya bersungguh dan teruja untuk membaca dan terus membaca.
Adakala pengkongsian ilmu dan pengalaman penulis, membuatkan saya teringat tentang keadaan saya dahulu ketika belajar dan menyambung pelajaran. Pembelajaran serta penambahan ilmu baru adalah sesuatu yang sentiasa mengujakan saya. Dan ia antara sebab mengapa saya memilih pengajian master by research rather than ambil periksa dan terus dapat keputusan. Impaknya sudah saya ketahui sebaik melihat ke masa lalu bilamana menyelesaikan Diploma dan Sarjana Muda. You just read and remember with less implementation.Semangat untuk mengetahui kenapa, bagaimana, bila dan cara penyelesaian memang kurang. Memang tak menarik sangat rasanya bila memikirkan cara pembelajaran seperti itu. Jika tidak percaya, anda boleh cuba tanya anak saudara atau rakan anda yang muda tentang apa yang dipelajarinya pada semester pertama pengajian dahulu. Rasanya, hanya beberapa peratus sahaja yang ingat tentangnya dan yang sama ada ingat-ingat lupa atau lupa terus :)
Ada banyak perkara tentang buku ini yang mengingatkan saya bahawa ilmu, pengalaman, kepercayaan, persahabatan, hubungan dengan Allah, persekitan kita, secara tidak langsung membantu membina siapa diri kita yang sebenarnya. Sama ada kita mahu menjadi seorang yang responsif atau defensif.
Mari saya kongsikan beberapa keratan kata-kata yang menarik dalam buku ini. Harap, ia dapat membantu anda untuk memilih bahan bacaan dan berfikir dengan lebih kritis bukan hanya menerima tanpa berfikir. Itu pentingnya akal, fikiran dan ilmu.
- Sebab itu ana panas hati apabila tulis sesuatu di Facebook atau Twitter, laju aje sesetengah kita berkata, "sorry tak faham, mohon pencerahan." Rasanya lapan daripada sepuluh komen begitu adalah komen pemalas. Malas berfikir. Semuanya mahu disuap-suap.
- "Aku sedih dengan kekalahan AKP. Namun, pada masa yang sama, aku bangga dengan penduduk Boldavin yang berfikir baik. Mereka tidak menyimpan AKP. Sesiapa yang bekerja, akan dipilih. Sesiapa yang tidak bekerja, akan ditolak. Itu politik sihat," kata Fatih.
- "Sungguh! Terdapat sebahagian alim ulama dan guru yang mengajar kebenaran dalam agama dengan cara yang kasar. Mereka menyalahkan para pendengar dengan dosa-dosa yang mungkin mereka tidak lakukan. Malah turut menggugut pendengar dengan bencana seksaan daripada Allah. Mereka yang seperti ini, menjadi punca kepada kemarahan. Sedangkan rumah Allah (masjid) bukan tempat untuk kemarahan. Mereka yang mengapi-apikan hal ini, tidak lain dan tidak bukan adalaha golongan munarik, sombong, angkuh dan mementingkan diri sendiri." (Imam Birgivi dalam bab al-Ghadab (Marah))
- Anak kecil yang meminta sedekah di Eminonu itu saya berikan sedikit wang. Hati saya tersentuh melihat budak kecil itu mengagihkan pemberian saya kepada rakan-rakanya. Semoga Allah merahmati mereka.
- Saya mendengar kisah berkenaan terkesima. Saya tidak dapat mendiamkan diri. Pantas sahaja saya mengangkat tangan dan bertanyakepada si pemberi takzirah, "Sahihkah cerita ini?" Beliau bertanya kembali, "Kamu ada masalahkah dengan cerita tadi?" Saya menjawab, "Sudah tentulah. Semasa tuan menceritakan kezuhudan Abu Ubaydah untuk kami teladani, tuan memburuk-burukkan Umar al-Khattab. Sebab itu saya bertanya, sahihkan cerita ini?"
- Dalam budaya televangelism ini, si jahil boleh meletakkan syarat ke atas si alim agar kejahilannya dihormati, justeru si alim yang mesti bekerja keras mencairkan penyampaiannya agar si jahil tidak penat dalam usaha memahami.
- Edward Said telah menyatakan dalam karyanya Representation of the Intellectual tentang erti menjadi seorang sarjana. Golongan intelektual mesti menyampaikan pemikiran tentang sesuatu perkara bukan hanya untuk sekadar ia dibentangkan tetapi dapat digarap dan dimanfaatkan oleh masyarakat. Justeru, golongan intektual mestilah memposisikan dirinya secara merdeka daripada kecenderungan pemerintah atau mana-mana pihak yang berkepentingan.
- Di sekeliling Sultan Abdul Hamid II ada ramai pengkhianat termasuk Midhat Pasha sendiri. Oleh kerana itu, Sultan Abdul Hamid II banyak bertindak berpandukan maklumat-maklumat keselamatan peribadi yang tidak diketahui umum. Namun, Sultan Abdul Hamid II masih berterusan mendapatkan pandangan pelbagai pihak yang diyakini boleh membantu. Pembacaan secara menyeluruh terhadap sikap Sultan Abdul Hamid II akan memahamkan kepada kita bahawa baginda bukan seorang diktator, apatah lagi dengan berulangkali pendakwa hanya berhujah pada tindakan menggantung parlimen itu tadi.
- "Aku yakin yang ahli sejarah akan membela diriku. Seandainya ahli sejarah Turki tidak melakukannya sekalipun, aku pasti akan ada ahli sejarah luar yang akan menegakkan keadilan buatku," Sultan Abdul Hamid II menulis suara hatinya di pembuangan di Salonika, Greece.
Happy reading everyone...
French Toast... omputih kau citarasa ayah mertuaku
Assalammualaikum dan salam sejahtera. Exactly, ayah mertua saya request malam tadi french toast melalui ibu mertua saya. Katanya minta besok pagi buatkan sarapan roti celup telur. Saya ingatkan roti celup telur yang macam biasa saya buat tu lah.
Dan esoknya, bila godek peti ais, nampak ada susu extra masa buat donat hari tu dan buah limau yang jiran saya berikan, maka saya pun buat le french toast. Menantunya ter'rajin' skit, makanya buat le ala2 food network.
Rupa-rupanya memang dia nak french toast bukannya roti telur biasa cuma dia tak tau le nak sebut perkataan 'french toast' tu. Pelik gamaknya nak disebut. Mungkin sebab rasanya manis dan sedap dimakan begitu sahaja bila tabur cinnamon sugar tu. Hehehe...
Meh saya kongsi resipi.
Meh saya kongsi resipi.
Bahan:
1. Roti putih 6 keping
2. Telur 2 biji
3. Susu segar 1/4 cawan
4. 1/2 sudu kecil garam halus
5. 1/2 sudu besar parutan kulit oren / lemon
6. Gula kayu manis (Cinnamon sugar)
Penyediaan:
1. Campurkan telur, susu, garam dan parutan oren. Pukul hingga kembang.
1. Roti putih 6 keping
2. Telur 2 biji
3. Susu segar 1/4 cawan
4. 1/2 sudu kecil garam halus
5. 1/2 sudu besar parutan kulit oren / lemon
6. Gula kayu manis (Cinnamon sugar)
Penyediaan:
1. Campurkan telur, susu, garam dan parutan oren. Pukul hingga kembang.
2. Panaskan kuali leper dgn sedikit minyak
3. Bila kuali panas, celup roti dalam bancuhan adunan dan bakar atas kuali.
4. Terbalikkan roti bila bahagian bawah dah sedikit garing. Taburkan cinnamon sugar atas roti yang terbalik tadi dan biarkan dlm 1 minit dan angkat letak atas pinggan. Tada... dah siap french toast untuk famili mertua.
Happy Cooking
Daging panggang korban yang dikorbankan
Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Alhamdulillah, ada rezeki daging korban buat kami tahun ini. Pemberian dari abang ibu mertuaku. Cakap dengan mak mertua, "nanti nak daging tu skit ya mak. Nak buat daging panggang." Dan akhirnya, cita-cita nak masaknya tercapai. Last year saya ada buat juga di rumah mak saya di Ampang. Pantas sungguh habisnya dek laki dan adik saya. Resipinya, sudah tentu saya ambil dari buku Bukan Sekadar Resipi dari Puan Roza Roslan. Saya bukan ditakdirkan seorang yang mahir dalam bidang masakan seperti mama, mak mertua dan adik perempuan. Need to struggle a little bit on that. :)
Jom kita cuba masak daging panggan korban. InsyaAllah mudah aje.
Bahan-bahan:
1. 1kg daging (ikut suka andalah nak banyak mana ya. Nanti doublekan aje kuantiti bahan lain)
2. 2 sudu besar minyak zaitun / minyak sayuran
Bahan Perap:
1. 1 sudu besar madu
2. 1 sudu besar lada hitam
3. Sedikit garam
Bahan kisar:
1. 1/2 cawan minyak zaitun
2. 5 ulas bawang putih
3. 1-2 batang pokok parsli
4. 1 sudu kecil rempah Italian mix (saya campurkan oregano dan rosemary aje)
Penyediaan:
1.Gaul rata daging dengan bahan perap. Ikat daging menggunakan tali percel (ini sebabnya kenapa kita kena ikat tali pada daging jika hendak bakar atau panggangnya. Tying it up keeps it from "spreading out," losing that nice round filet shape you paid so much money for. Spreading will only affect its appearance, not its flavor — and tying it up keeps it nice and tight so the juices are more prone to staying in instead of running out).
Tali ni saya beli dekat kedai buku Popular. Dalam RM2.90.
3. Panaskan saute pan atau kuali di atas dapur dengan api sederhana. Masukkan minyak zaitun dan setelah panas, goreng daging tadi yang berikat selama 8-10 minit sehingga terbakar seluruh bahagian dan mengeluarkan air (caramalized).
4. Asingkan dan guna air daging (caramalized) sebagai gravy dengan menambahkan sedikit krim / susu segar.
5. Keluarkan daging dan letak atas kerajang aluminium. Bahan kisar tadi, sapukan sekeliling daging dan bungkus daging bersalut pes kisar dengan kerajang aluminum tersebut. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 170C selama 45 minit - 1 jam atau sehingga daging masak.
6. Setelah masak, biarkan daging panggang di luar selama 10 minit sebelum dihiris dan dihidangkan bersama sayur-sayuran kukus atau dibuat sandwich (kami buat sandwich dan ratah aje semalam dengan gravy dan sos).
Happy Cooking....
Baked potatoes with cheddar cheese & cherry tomato, origano, hotdog and cheddar tortilla.
Assalammualaikum & Salam Sejatera. Kali ni saya kongsikan resipibaked potato yang agak mudah buat anda semua. Yang pentingnya, anda ada oven atau alat pemanggang.
Bila saya dan hubby tinggal berdua aje (bila mak dan abah berjalan dengan anak-anaknya yang lain), kepala ni dok pikir nak makan apa yang mudah hari ni. Dan dek kerana malas nak keluar semalam, saya pun godek le apa yang ada di dapur dan buku resipi encik hubby. Makanya, inilah resipi simple untuk makan berdua aje.
Baked Potatoes with cheddar cheese (kentang panggang dengan keju cheddar)
Bahan-bahan:
1. 2 biji kentang. Saiznya, ikut kehendak anda.
2. 2 sudu kecil minyak zaitun (kalau takde, boleh aje ganti dengan minyak sayuran lain)
3. Garam
Bahan-bahan untuk inti:
4. 1 cawan keju cheddar atau apa aje keju yang anda suka
5. 1 sudu kecil origano
6. 1 sudu kecil pasli
7. Lada hitam & garam
8. 1/2 perahan jus lemon
9. 3 sudu kecil minyak zaitun
Penyediaan:
1. Panas oven pada suhu 190C
2. Basuh kentang dan lap keringkan ia. Kemudian, salut seluruh kentang dengan minyak zaitun / minyak sayuran dan cucuk kulit kentang dengan garfu beberapa tempat. Salutkan sedikit garam pada kentang (jangan banyak, nanti masin). Bakar selama 1 jam (40 minit api atas bawah dan 20 minit api bawah).
3. Untuk inti, campurkan semua bahan dan gaulkan dan kemudian letak dalam peti sejuk.
4. Setelah kentang masak, belah dua dan sudukan inti yang sejuk tadi ke dalam kentang yang panas. Dah siapppp... baked potatoes dengan keju dan tomato.
Cherry tomato, origano, hotdog & cheddar tortilla.
Bahan-bahan:
1. 5-6 biji telur
2. 1 sudu kecil creme fraiche (saya guna cream cheese sebab kat Malaysia ni susah nak dapat cream fraiche tu. kalau nak guna yogurt pun boleh)
3. 8-10 biji tomato ceri yang dipotong separuh (tomato yang saiz kecil tu)
4. 100gm keju cheddar
5. 6 batang daun ketumbar (oleh kerana saya tak suka daun tu, saya gantikan dengan origano)
6. Minyak zaitun / minyak sayuran
7. Garam dan lada hitam
Penyediaan:
1. Panaskan oven pada suhu 160C.
2. Pukul telur dengan creme fraiche / creme cheese / yogurt dalam satu mangkuk.
3. Tambahkan tomato, keju, origano, garam dan lada hitam dan gaul mesra.
4. Sapukan minyak zaitun / sayuran sekeliling dalam kuali atau bekas membakar dan curahkan campuran bahan tadi ke dalamnya. Bakar dalam 30-35 minit sehingga menggelembung dan keemasan.
5. Bila dan masak, potong ikut suka hati dan boleh dimakan sama ada sejuk atau panas.
HAPPY COOKING...
Menggoda betul rupanya donat ni... itu yang tetiba terbuat
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera... Selamat Hari Raya Aidil Adha. Alhamdulillah, Allah masih izinkan saya, suami dan ahli keluarga bernafas dan menyambut hari raya bersama.
Sehari sebelum raya, saya dan dibantu sedikit oleh anak-anak sedara, seronok membuat donat.
Tak pernah umur saya buat donat dan dek kerana rancangan Unique Sweet kat tv, akhirnya saya terjebak juga. Hari Khamis malam, jika ada kelapangan, memang saya dan hubby suka tengok rancangan Unique Eat dan Unique Sweets kat Food Network. Memang seronok tengok makanan yang sedap, menarik, happening, lazat dan unik kat dalam rancangan ni.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar... nikmat Allah yang mana lagi hendak kamu dustakan. Makanan dan minuman yang menarik dan sedap, sebenarnya kita boleh melakukannya sendiri dengan kreativiti dan bahan-bahan yang ada di sekeliling kita. Bahan yang limit, mampu juga menghasilkan makanan yang sedap selagi mana kita berusaha mahu melakukan yang terbaik untuk ahli keluarga dan orang lain menikmatinya (cuba ya untuk tidak rasa riak bila orang memuji masakan kita. Cukuplah sekadar berkata, "Alhamdulillah". Kembalikan pujian tersebut pada pemiliknya).
Bila rancangan Unique Sweets muncul dan tiba-tiba depa menunjukkan segala jenis donat yang sedap di sebuah kedai di US, Mojo Monkey, apalagi, saya punya excited tengok sampai telan air liurlah... hehehehe... Bila nampak makanan yang sedap kat rancangan ni, memang selalu cakap dengan hubby, "kat Malaysia takde kedai macam ni ke? Sedap, murah dan besar." Dan tak perlu saya tunggu jawapan hubby, rasanya saya dan anda memang tahu, memang susahhhhhh... sangat nak ada (segala macam benda kan naik harga lagi. Kesian kat pakcik makcik dan sedara mara yang kurang kemampuan, macam manalah keadaan mereka... :( ).
Inilah antara donat yang dibuat oleh Mojo Monkey. Saya ambil gambarnya di FB k.
Dan untuk anda, yang teringin untuk dapatkan donat yang sedap, besar dan boleh pelbagaikan toppingnya macam gambar kat atas, boleh aje buat sendiri. InsyaAllah anda puas hati dengan hasilnya dan anda serta keluarga boleh makan berulang kali (nak bisnes kat ofis dan internet pun boleh).
Jom saya kongsikan bahan dan penyediaannya.
Bahan-bahan donat:
1. 500gm tepung gandum / serbaguna
2. 11gm yis
3. 100gm mentega (pada suhu bilik ya)
4. 1 sudu kecil garam
5. 6 sudu besar gula kastor
6. 2 biji telur (kalau telur tu kecil, ambil 3 biji ya). Pecahkan macam nak buat telur dadar tu.
7. 250ml susu (selalunya saya guna jenama Anchor atau Nestle. Ini aje pun yg ada kat kedai bakeri sini)
8. Minyak untuk menggoreng
9. 1/2 cawan gula kastor (untuk salutan donat yang sudah masak)
Penyediaan:
1. Masukkan tepung dan yis dalam 1 mangkuk besar. Gaulkan seketika.
2. Masukkan mentega pula dan gaulkan agar ia sedikit mesra.
3. Masukkan pula gula dan garam. Gaulkan.
4. Kemudian, buat bulatan di tengah bekas campuran tepung tadi dan masukkan telur dan susu. Kacau. Masa ini kita dah mula nak gunakan tangan untuk menguli. Jika adunan melekit masa menguli, letak sedikit demi sedikit tepung gandum (tepung gandum ni memang bukan yg 500gm tu tau. Yang extra dalam plastik kita). Uli sehingga doh tidak melekat dan melekit. Kalau nak uli dalam bekas tadi boleh, nak uli atas papan yang besar pun, ok aje. :)
5. Sapukan sedikit minyak jagung atau mentega cair di dalam satu bekas yang tinggi dan besar sekelilingnya (periuk pun boleh aje). Masukkan doh yang sudah diuli tadi ke dalam bekas tersebut dan golekkan doh sekali golek aje dalam bekas tu. Ia bagi pasti, minyak atau marjerin melekat pada keliling doh (jangan beria sangat. just dalam 2-3 saat aje)
6. Tutup adunan doh tadi dengan kain yang lembab dan letakkannya di tempat yang sedikit gelap. Biarkan doh naik dalam 1-2 jam atau doh naik 2 kali ganda saiznya.
7. Sementara menunggu doh naik, anda sediakan 2-3 tray yang besar untuk meletakkan bakal donat yang ditekap ke dalamnya. Taburkan tepung gandum di sekeliling atas permukaan tray. Ini bagi mengelakkan doh donat melekat masa mengembang sebelum di goreng.
8. Setelah doh dah naik, buangkan angin dari doh tersebut dengan mengulinya seketika di dalam bekas tersebut dan kemudian potong separuh dari doh tersebut dan letakkan di atas papan penguli yang sudah ditaburkan dengan tepung gandum (bagi memudahkan doh tidak melekat di tempat kering dan mudah mencanainya).
9. Uli doh tersebut dan taburkan tepung untuk memudahkan anda menguli dan mencanainya menggunakan rolling-pin (pencanai). Canai doh tersebut menggunakan rolling-pin sehingga doh menjadi tebalnya 1/2 inci.
10. Ambil 2 bekas bulat yang bersaiz besar dan kecil untuk membuat ukuran donat. Anda tekap bekas tersebut di atas doh yang sudah leper dan pindahkan bentuk bulat donat tersebut ke atas tray yang sudah ditaburkan dengan tepung gandum.
11. Siapkan semua doh seperti gambar di atas dan biarkan dalam 1/2 jam. Biarkan doh donat tu naik dengan cantiknya.
12. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng donat tersebut. Setelah masak, tapis donat tersebut sama ada guna tisu atau jaring besi (tak kisah ke dengan apa pun, janji minyaknya tersejat sedikit).
13. Selepas minyak sudah tersejat dan masih panas lagi, golekkan donat tersebut ke atas mangkuk yang berisi gula kastor. Dan tada... Dah siapppp...
Jika anda ingin donat tersebut disaluti coklat dan dilitakkan pelbagai topping, ini saya berikan resipi chocolate ganache nya @ coklat sos (kalau bahasa masakan, depa panggil ganache).
Bahan-bahan chocolate ganache:
1. 150gm coklat masakan (jika anda punya coklat bar, potongkan ia menjadi kiub-kiub kecil. Jika jenis yang bulat-bulat tu, lagi senang. Tak payah kecilkan lagi)
2. 50gm heavy cream / whipping cream
3. 30gm mentega pada suhu bilik
Penyediaan:
1. Masak heavy cream / whipping cream di atas api. Setelah mendidih, tutup api dan tuangkan ia ke dalam bekas yang berisi coklat masakan tadi. Biarkan dalam 30-40 saat agar coklat tersebut dapat menyerap heavy cream / whipping cream yang panas tersebut.
2. Kemudian, kacau coklat dan heavy cream / whipping cream tersebut sehingga coklat cair.
3. Kemudian, masukkan pula mentega dan kacau sehingga semuanya mesra. Dan siap. Anda dah boleh letakkan sos coklat @ ganache tu atas donat anda dan letaklah apa topping sekali pun.
Antara topping yang popular dan senang, chocolate rice, rainbow chocolate rice, kuaci, pelbagai jenis kacang, kelapa kering, kismis, whipping cream, marshmallow, buah-buahan dan macam-macam lagi anda boleh designkan macam kat dalam food network dan internet tu. :)
p/s:
1. untuk buat ganache tu, nisbah heavy cream dengan coklat tu mestilah 1:3 kiraannya. Jika tak, sama ada coklat anda jadi cair sangat atau pekat sangat :)
2. Jika teringin rasa sedikit kopi, tambahkan 1 sudu kecil kopi instant ke dalam adunan ganache yang panas dan kacau (tip dari Ina Garten ya)
HAPPY COOKING FOR YOU & FAMILY...
Langgan:
Catatan (Atom)






.jpg)
















