Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga mertua

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI SEMUA...
Oleh kerana mood hari raya masih lagi ada, di sini saya ingin kongsikan gambar-gambar keluarga saya berhari raya.
Aktiviti bermaaf-maafan bersama mak dan abah. Erti kata lain, mak dan abah pun dapat gak duit raya time ni. Hehehehe...
Suasana meriah ni mestilah daripada budak-budakkan. Jadi, oleh kerana saya ada 11 orang anak saudara, maka gamatlah suasana pagi raya selepas mereka semua balik bersembahyang raya di masjid. Ni gambar masa mereka beratur untuk dapat duit raya daripada atuk dan nenek serta makcik dan pakcik.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri...

Jika tiada aral melintang, Insya-Allah esok semua umat Islam akan menyambut 1 Syawal. Sekejap benar rasanya masa berlalu, alih-alih Syawal sudah menjelma. Ibadat yang dilakukan sepanjang bulan Ramadhan ini dirasakan seperti banyak kekurangannya. Entah dapat atau tidak berjumpa kembali dengan Ramadhan tahun hadapan, hanya Allah sahaja yang tahu.

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang melayari blog saya. Maafkanlah segala kesilapan sama ada dari segi lisan dan juga penulisan yang sengaja atau tidak disengajakan. Semoga, kita semua berbahagia, bergembira dan ceria selalu di hari lebaran. Tetapi, jangan lupa pula kepada mereka yang kurang berkemampuan. Bantulah mereka sedaya yang mampu dan insya-Allah, pasti Dia akan membalasnya.

Selamat Hari Raya semua...

Yaaa... Butter prawn pula

Entah angin apa yang merasuk minda, alih-alih, teringin nak makan butter prawn. Selalunya jika kepingin sangat, saya akan order butter prawn ni bila makan-makan family kat Bangi. Tapi, oleh kerana sekarang ni bulan puasa dan sibuk beramal ibadat, hendak tak hendak terpaksalah saya menyanggupkan diri mencari resipi untuk masak butter prawn.
Godek punyer godek internet, akhirnya dapat gak resipinya...

Bahan-bahan untuk buat butter prawn atau udang bermentega:
1 kg udang besar/udang galah atau udang harimau-belah belakangnya jgn putus
1 sd teh garam
1 kg minyak untuk menggoreng
250 gm mentega tawar (unsalted butter)
6 pelepah daun kari (daun shj)
5 ulas bawang putih (cincang)
6 biji cili api (cincang) -kalau nak pedas boleh tambah lagi
8 biji kuning telur
250ml susu cair penuh krim
½ sd teh serbuk perasa
1 sd teh garam
1 sd teh sos ikan
¼ sd teh serbuk pati ayam
1 sd besar gula

Penyediaan:
1. Perap udang yang telah dibersihkan dengan garam dan goreng dalam minyak panas selama 2 minit hingga bertukar warna. Toskan.
2. Pukul bersama kuning telur, dan susu bersama serbuk pati ayam hingga kembang.
3. Panaskan kuali masukkan mentega dan biarkan cair perlahan-lahan.
4. Tumis bawang putih hingga kuning dan masukkan cili api, kacau sebentar.
5. Masukkan bancuhan telur dan kacau hingga mula pekat, masukkan daun kari, sos ikan, udang goreng, gula, garam dan serbuk perasa.
6. Kacau hingga bersarang dan garing.
7. Tuang ke tapis dan biarkan mentega sejat sebentar.
8. Alihkan ke pinggan dan hidangkan.

Inilah hasilnya. Kali pertama buat dulu, macam tak berapa jadi coz resipi tak lengkap. Siap kena komplen dengan mak saya lagi. Katanya udang tu berbau sangat. Rupa-rupanya saya campurkan terus dan bukannya goreng dulu. Hehehehe...

Ini pula butter chicken untuk hubby (pernah ke orang buat butter chicken?). Terpaksa buatkan asing sebab dia memang tak makan langsung udang. Katanya udang tu baunya pelik.


Kali ni saya letak gambar bahan-bahan kat bawah sekali pulak. Ialah, dah selalu sangat dok kat atas, kali ni dia kena dok kat bawah pulak.

Moga-moga rasa butter prawn ni okeylah masa berbuka puasa nanti. 

Iftar ex-Uitm Melaka student di Royale Bintang Hotel

Dah lama saya tak meng'up-date' blog. Busy sikit dalam seminggu ni. Hari Sabtu lepas saya dan hubby pergi ke majlis berbuka puasa ex-student Uitm Melaka 97-00. Ramai juga member2 yang datang memeriahkan majlis. Ada yang bawa isteri, anak dan juga girlfriend. Saya dan hubby memang dah wajib kena datang coz kami berdua classmate masa belajar dulu (jodoh saya dalam kelas aje rupanya).

Oleh kerana kami dok jauh dari KL plus hubby saya baru baik dari sakit belakang plus nak berborak lama dengan member2, maka kami berdua pun duduk ajelah di hotel malam tu. Check-in hotel jam 3.30 sebab jalan kat Bukit Bintang tu sesak sesaja. Masuk aje bilik hotel, hubby saya dah terpandang sesuatu yang menarik minat dia. Yaaa... cuba lihat gambar di bawah...


Kerusi ni lah yang dia dok suka benar dalam bilik hotel tu. Saya tanya kenapa suka. Dia kata relaks aje duduk di kerusi ni plus kaki tu rasa macam seronok bila ada tempat untuk diletakkan. Dia pun dah berangan-angan nak beli satu untuk diletakkan di rumah. Entah bila, saya pun tak tahu.

Kami pun lepak dan tidur sahaja di bilik sampailah ke asar. Lepas solat asar aje, kami berdua turun untuk beli barang sikit dan jalan-jalan. Tengah meronda di Sungei Wang, hubby saya dah nampak MPH kat depan mata. Apa lagi kami pun masuk. Sambil mata ni enak mencuci, tiba-tiba saya ternampak buku ADAM (buku Ramlee Awang Murshid). Terus saya tunjukkan pada hubby. Apa lagi, seronok aje dia bila nampak buku yang dah sebulan dia cari. Lepas diambilnya sebuah, laju dia melangkah ke kaunter bayaran.

Bila jam hampir 6.30, kami pun dengan seronoknya melangkah kembali ke hotel. Mestilah seronokkan, jumpa member2 lama. Bila sampai sahaja depan pintu hotel, kami berdua dah nampak dua tiga orang member2 lama. Apalagi, makin melebarlah senyuman hubby saya. Member2 yang ada pun seronok jumpa dia.

Yang ni kawan-kawan hubby sayalah. Saya kenal pun sorang dua aje coz lain-lain course time belajar dulu.

Kami lepak kat lobi sampai jam 7 dan bila ajk dah bagi green light aje, kami semua sambung le berborak kat tempat makan pulak. Kalau diikutkan, majlis iftar kali ni ramai sikitlah berbanding tahun lepas. Kalau ikutkan macam ramai nak join, tapi last minute ada yang cancel atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.

Di bawah ada a few pictures yang saya nak kongsikan masa majlis tu...

Picture ni hubby saya yang ambil. Gambar selepas aktiviti makan besar. Ok jugalah makanan di sini. Ada kambing panggang lagi tu. Memang sedap walaupun saya first time merasanya.


Gambar atas: Meja budak-budak lelaki. Memang kecoh sungguhlah mereka. Gambar tengah: Dua orang ajk majlis dan Nasir. Gambar bawah: All the ladies from my batch. Patutnya ada sorang dua lagi, tapi dah balik. Gambar tepi: Its me...

Lepas kat dalam hotel, depa sambung pulak borak-borak plus merokok kat luar hotel. Habis aje rokok sebatang, budak-budak lelaki ni pakat nak sambung borak lagi kat kedai mamak belakang hotel. Setahun sekali berjumpa, itu yang pulun habis borak tu...

Ni pula picture keadaan jalan di Bukit Bintang. Atas: time jam 3. 40 petang. Memang beratur panjang aje kereta. Tengah: Time 12.10 malam. Kereta dan semakin kurang. dan Bawah: Time 7.00 pagi. Time ni banyak teksi aje.
Secara keseluruhannya, majlis ni meriah juga walaupu tidaklah ramai sangat yang datang. Mananya tak meriah, time nilah mereka melawak, mengutuk, mengena dan gelak ketawa. Orang yang handle tempat makan hotel tu pening aje nak tunggu kita orang semua blah. Sorrylah ya abang kerja hotel, setahun sekali aje kami jumpa, tu yang tak ingat dunia sat.
Hopefully, we will see each other again next year and the number of the attandance will be bigger.

Finished Bohemian


Semalam akhirnya saya settle juga membaca buku Bohemian karya Imaen. Well, the book is interesting. Jalan ceritanya menarik.
Segala macam isu dunia, politik, hiburan, alam sekitar, agama dan nilai-nilai murni ada diserapkan dalam novel ini. Secara tidak langsung ianya memberikan kita ilmu yang dapat dikongsikan dan diaplikasikan (especially bab agama yer). Lawak yang selamba dalam novel ini memang mencuit hati saya. Sebagai contoh peribahasa baru 'bagai julap dengan tandas'.
Bukan itu sahaja, kita sebagai manusia biasa memang selalunya melihat kepada luaran dan meterialistik tetapi kita terlupa bahawa apa yang ada di dalam hati dan pemikiran manusia itulah yang harus kita selidiki dan terjemahkan. Bagi saya meterialistik itu ada pentingnya tapi peratusan yang perlu diambil hanyalah sedikit. Ini kerana jika kita terlalu menuntut untuk mencari kebendaan semata-mata sehingga sanggup mengenepikan agama dan hak orang lain, maka, sudah pasti kita akan terjerumus ke ruang lingkup yang akan membinasakan kita dan orang yang kita sayangi.
So, for this novel, I give 4 stars coz there are so many information that we can gain in this novel. Maklumat yang betul2 bagus tau...

Hari ni puding jagung pula untuk keluarga

Ya! Hari ni angin rajin saya datang. Untuk berbuka puasa hari ni, dessertnya saya buat puding jagung. Tapi bukan untuk family saya aje, tapi untuk family abang ipar dan kakak ipar saya. As usual, mari saya kongsikan cara2 membuatnya... Tapi, bahan-bahan di bawah untuk satu setengah bekas ya manakala gambar bahan-bahan yang saya ambil pula untuk empat bekas.

Bahan-bahan:

1 cawan tepung kastad
1 cawan jagung manis
3/4 cawan gula
3 cawan air
1 1/2 cawan susu cair
Gambar atas: Bahan-bahan untuk puding jagung (double ya sebab ada 3 family); Gambar tengah: anak saudara saya dok menyibuk nak bergambar gak masa saya tengah snap gambar bahan-bahan; Gambar bawah: bahan-bahan yang sudah dicampurkan semuanya...

Cara-cara:
1. Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air.
2. Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.
3. Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan dan boleh lah dihiaskan.

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya membuat puding jagung untuk keluarga. Moga-moga mereka suka...

Tengah ketagih Farm Town

Hari Isnin lalu saya approve friend request daripada kawan di facebook. Dia request ajak saya main satu permainan online. Saya ni bukannya tak minat nak men'try' tapi oleh kerana internet line saya kat Nilai ni 'hebat' sangat, jadi saya tangguhkanlah dahulu.

Bila dah balik ke Ampang, saya pun approve lah permainan tu (member2 saya dah berkali2 suruh approve). Bila dah nampak aje ladang yang terbentang depan mata, saya dok terkelip-kelip kejap. 'Nak main macam mana ni?' tanya saya dalam hati.

Saya pun apa lagi, godek ler butang-butang yang ada kat situ. Lepas satu-satu, saya tekan. Bila musykil aje, cepat-cepat saya chat dengan member yang sememangnya online semedang. Diajarnyalah saya main benda tu. Dan last sekali sekarang ni, saya dah naik syok main permainan berladang tu. Pantang ada masa dan internet okey, terus aje saya menjengah ladang saya untuk lihat sama ada hasil tanaman sudah boleh dituai atau belum. Sekarang ni tak sabar-sabar nak masuk ke peringkat yang lebih tinggi agar dapat beli rumah ladang yang cantik serta aksesori-aksesori tambahan yang lain.

Bagi mereka yang nak merelease tension, boleh ler try main benda ni kat facebook. Selain daripada Farm Town, ada satu lagi permainan lebih kurang sama iaitu Farm Ville. Yang tu pun saya tengah dok usha-usha. Hehehehe...

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...