Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Puding Roti, pertama kali dalam hidup saya buat.

Tengah saya godek-godek internet 2 hari lepas, tiba-tiba terjumpa satu web resepi masakan. Macam-macam masakan ada. Pelbagai jenis nasi, mee, telur, ayam, dessert, minuman, snack dan western boleh didapati di website ni. Saya pun apa lagi, godek le resepi apa yang patut.

Tengah saya mengklik pelbagai jenis menu, satu menu ni menambat hati untuk mencubanya. Ya, puding roti. Dah lama saya teringin nak buat makanan ni cuma tak berkesempatan dan bahan-bahan dalam buku yang saya beli tu macam banyak sangat (lecehlah pulak rasanya). Tapi kali ni, bahan-bahan puding roti ni sikit dan kelihatan simple. Apa lagi, saya pun terus copy paste le kat dalam komputer.

Bahan-bahan untuk buat puding roti.

1. 4 keping roti disapu mentega
2. 450ml susu segar
3. 3 biji telur
4. 25gm gula
5. 1 sudu besar tepung kastard


Cara-cara membuatnya:

1. Potong kulit roti. Kemudian sapukan mentega di atas roti.
2. Susun di dalam loyang.
3. Panaskan susu di atas api (jangan sampai mendidih).
4. Pukul telur dan gula sampai kembang dan masukkan susu yang telah dipanaskan.
5. Masukkan tepung kastard dan kacau hingga sebati.
6. Tuang campuran atas susunan roti. Biarkan selama 15 minit supaya roti kembang.

7. Bakar hingga 20-30 minit pada suhu 180. Kemudian sejukkan.

Tada... Inilah dia hasil puding roti saya. Baunya, menusuk sedap ke rongga hidung.

Well, sape-sape nak try, boleh try. Kalau nak mencuba pelbagai lagi jenis resepi, lawat aje laman web http://www.myresipi.com/. Macam-macam ada. Mesti rasa teruja nak mencuba.

Finished Hatiku di Harajuku


Saya dah habis baca buku ni malam Ahad yang lalu. Ambil masa kira-kira enam hari coz banyak kerja perlu dibereskan. Ceritanya menarik cuma ada beberapa sedikit persoalan yang tidak dijawab oleh penulis dengan baik. Sebagai contoh, kenapa tiba-tiba Risham memilih nama Ryu-Watanabe, bagaimana dia tercampak ke bumi Jepun, bagaimana tiba-tiba dia boleh insaf dan banyak lagilah persolannya.

Sememangnya saya suka cerita yang happy ending kerana tak nak membebankan fikiran banyak sangat tetapi sad ending dalam cerita ini memang berbalaoi buat Sabrina. Bagi saya, jika kita sayangi dan mencintai seseorang itu, kita tidak patut menerima perkara-perkara negatif dengan begitu mudah. Sikap prasangka yang berlebihan tanpa diselidiki kebenarannya akan memudaratkan diri sendiri. at the end, diri sendiri yang akan rugi.

By the way, setelah membaca trilogi Bagaikan Puteri, saya rasa novel ini ada kekurangannya sedikit. Namun begitu, apa pun ianya masih boleh diperbaiki dengan cerita yang lebih menarik dan ada 'umph' pada masa akan datang (saya percaya RAM boleh).

Kenduri sambut puasa dan kenduri kahwin yang unexpected

Semalam saya dan keluarga pergi ke Kg. Baru. Ada kenduri sambut puasa di sebelah suami saya. Memang aktiviti ini diadakan setiap tahun. Berkumpul bersama ahli keluarga untuk mengeratkan hubungan yang kadang2 sahaja berjumpa. Tapi, kali ni tak ramai yang datang. Barangkali sibuk dengan urusan masing-masing.


Ni gambar mak mertua saya dan cucu-cucu kesayangannya. Budak berdua ni memang pantang nampak kamera. Cepat-cepat aje berposing.


Suasana di Kg. Baru. Gambar atas: ahli jemaah masjid makan-makan lepas doa selamat. Gambar bawah kiri: suasana membakar dan makan-makan satey. Gambar bawah tengah: menu utama petang sabtu. Gambar bawah kanan: perbincangan hangat sambil makan hubby dan kakaknya.


Lepas aje kenduri di Kg. Baru, kami terus ke Cheras untuk ambil kakak ipar saya yang tak dapat join coz tak berapa sihat untuk balik ke Nilai. Sampai Nilai dalam jam 7.40 malam. Apa lagi lagi, saya dan hubby lekas-lekas solat maghrib dan bersiap-siap untuk ke majlis kahwin sedara belah saya di Nilai Spring.

On the way nak pi sana, adik saya dah message. Tanya sama ada saya datang ke tak coz dia kata dia dah boring giler dan mengantuk menanti aktiviti makan. Saya dan hubby pun sebenarnya dah lambat sikit daripada waktu yang tertulis di kad kahwin. Harap-harap sempat.

Sampai aje di sana, bila masuk aje ke pintu masuk hotel, saya terkejut sekejap. Saya nampak seseorang yang saya kenal. Terus aje saya beritahu hubby. Dia pun kalih dan tengok siapa yang saya tunjukkan. Rupa-rupanya wanita yang saya tunjukkan itu terkejut juga apabila memandang suami saya (time tu saya tak perasan coz sedang bercakap dengan bapa pengantin). Dia pun tak sangka akan berjumpa di majlis tersebut. Oleh kerana tak dapat berlama-lama di situ, kami terus menuju ke dewan utama. Nasib baik majlis tak start lagi. Cepat-cepat saya cari meja mama dan abah saya. Adik saya tersengih-sengih aje dari jauh. lega le tu sebab ada member nak borak.

Bila duduk di meja makan, saya terus beritahu mama saya yang saya terserempak dengan penulis yang diminatinya. Dia berkerut aje mendengarnya tanda tidak percaya. Tapi malam tadi memang surprise betul. Sekali lagi saya dan hubby terkejut. Bila acara bermula sahaja, kami berdua nampak penulis tadi berjalan di hadapan sekali bersama suaminya. Kami berdua berpandangan. Biar betul?

Oleh kerana excited, saya terus tunjukkan mama saya yang itulah penulis novel yang diminatinya. Jelas sekali yang dia pun memandang sahaja wanita tersebut sampai dia duduk. And then another surprise come again. Bila pengantin masuk aje, saya terkejut badak untuk kali yang ketiga. Pengantin lelaki tu saya kenal. Cepat-cepat saya beritahu hubby. Dia pun terkejut gak. Kami saling tersengih-sengih lepas tu. "Yang, nampaknya pengantin lelaki tu dan ibunya jadi saudara baru kitalah," tutur saya pada hubby.

Hubby saya pun geleng kepala tanda tidak percaya. Lepas tu, saya terus beritahu mama dan adik saya yang saya kenal pengantin lelaki tu. Pengantin tersebut dan ibunya (penulis novel yang mama minati) rupa-rupanya keluarga baru Zafirah. Mama saya pun shock dengan berita yang saya sampaikan. Punyalah excited dia terus cerita pada abah saya. Untuk berkongsilah katakan...


Gambar-gambar keluarga di majlis perkahwinan. Tak sangka pulak yang abah saya menjadi wakil untuk membaca doa buat kedua mempelai.

Gambar kenangan buat saya dan hubby. Dah lama tak berpicture bersama coz asyik ambik gambar orang lain aje. Hehehehe...

Habis sahaja majlis perkahwinan, saya tanya mama sama ada dia nak tak ambil gambar bersama penulis tu. Mungkin kerana segan dia kata tak naklah. Eleh, malu-malu le pulak. Hehehehe...

Well, Selamat Pengantin Baru buat Zafirah dan Faiz. Moga kekal hingga ke syurga. Amin...

Dugaan Allah

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa), 'Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri kemaafan kepada kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."
(Al-Baqarah: 286)

Kadang-kadang Allah duga kita dengan pelbagai perkara. Ada perkara yang menggembirakan dan ada juga perkara yang menyedihkan. Tapi adakah kita kongsikan keduanya dengan Dia yang Maha Agung? Pencipta yang menjadi pelindung kita sepanjang masa dan ketika. Hati yang walang kadangkala menuntut kita memikirkan pelbagai perkara. Dari segi positif dan juga negatif. Tapi kebanyakan kita selalunya akan memikirkan benda yang tidak baik berbanding yang sebaliknya.

Jadi adalah lebih baik kita berfikir sejenak. Dari siapa segala ilham ini datang? Siapakah yang mengizinkan kita berfikir begitu. Jika ditenung dan difikir secara halus, sudah pasti ini semua berlaku dengan izin Dia yang Maha Esa. Dia ingin menduga kita agar sentiasa ingat kepadaNya.

PadaMu ya Allah, ku pohon agar lindungilah aku dari pelbagai dugaan yang tak mampu aku pikul. Sesungguhnya hanya padaMu sahaja pelindung yang terbaik buatku. Ampunilah segala dosa ku yang sengaja dan tidak disengajakan...

Hijab Sang Pencinta yang indah


Alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya menamatkan pembacaan buku trilogi RAM 'Bagaikan Puteri' iaitu Hijab Sang Pencinta. Novel ini memang menarik (termasuk juga dgn yg dua lagi). Banyak pengajaran dan ilmu agama dapat dikongsikan dengan pembaca.


Trilogi ini secara tidak langsung mengajar kita untuk mentauhidkan Allah, mempercayai sesungguhnya bahawa hanya pada Allah terletaknya pengharapan kita dan bukannya kepada sebarang makhluk lain mahupun manusia. Novel trilogi ini juga telah memberi impak yang besar kepada diri saya (hanya Allah sahaja yg mengetahui). Bagi saya, ini adalah antara novel terbaik yang pernah saya baca. Harap-harap selepas ini RAM dapat menghasilkan novel yang baik seperti ini juga. Perkongsian ilmu itu bukan sahaja membuka minda tetapi juga mendekatkan kita pada yang Esa.

MATI ITU PASTI, HIDUP INSYA-ALLAH.


p/s: walaupun endingnya tidak seperti yg saya harapkan namun suami saya pula menyatakan itulah cara terbaik dlm menamatkan watak tersebut. Kalau tidak pasti sejarah Melaka tidak akan sama. Dalam hati berkata 'betul juga'. Hehehe...

Masak muffin & spounge cake serta mengecat tembok rumah

Aktiviti hujung minggu di rumah saya semalam memang terisi betul. Saya memasak muffin yang ditempah oleh kakak ipar saya untuk makan-makan di ofisnya dan juga rakan hubby saya. Kat luar rumah lain pulak aktivitinya. Hubby dan ayah mertua saya bersemangat waja mengecat dinding luar rumah dengan cat yang baru dibeli hari Sabtu hari tu (nak raya le katakan). Jam 8 aje mereka dah beroperasi.


Lepas sarapan, terus aje saya keluarkan bahan-bahan untuk buat muffin. Kali ni saya buat 3 jenis muffin. Muffin coklat, vanila dan blueberry. Nasib baik kali ni semua muffin saya kembang semangkuk. Kalau yang dulu tu ada gak yang bantat (terlupa nak on api oven bahagian atas).

Akhirnya semua muffin saya menjadi. Alhamdullillah. Sape-sape nak order boleh e-mel aje kat saya. Hehehehe... Promote jangan tak promote.

Dah settle semua muffin saya, saya pun terus pukul telur untuk buat spounge cake pulak. First time tu masak spounge cake ni. Mula-mula tu bila pukul telur, tepung dan minyak nengok macam cair semacam aje. Hati dah rasa ragu-ragu. Nampak macam tak jadi je ni. Masuk aje oven, saya set 35 minit. Tawakal betul time tu. Memang pasrahlah kalau tak jadi.

Tapi, lagi lima minit nak time out, saya dah tercium bau layer atas tu dah masak. Cepat-cepat buka oven dan check. Saya cucuk sikit cake tu dengan garfu sikit. Dan apabila ditarik, cake tak melekat pada garfu. Yes, menjadi jugak cake saya kali ni.

Ni dia spounge cake yang dah siap dipotong. Ayah mertua saya kata sedap. Senang hati saya mendengarnya. Hubby saya pulak laju aje masuk mulut. Puas hati jugaklah sebab experiment ni berjaya.

Jotun, H1N1 dan Transformers

Hubby saya booking tiket transformers revange of the fallen. Mula2 kami ingat nak tengok wayang di Mid Valley tapi alih-alih tak jadi kerana demonstrasi untuk memansuhkan ISA diadakan satu hari. Terpaksalah hubby saya booking movie jam 8.30 malam (jam 5.30 punya dah sold out).

Pagi, lepas sarapan, saya dan hubby pergi ke Nilai 3. Cari kedai Jotun. Ayah mertua saya beria-ria hendak mengecat tembok di luar rumah. Katanya dah naik berkulat dan lagipun raya kan nak menjelang. Sampai di sana, kami berdua sepakat ambil warna hijau lumut seperti yang diminta oleh ayah. Lepas dah beli cat, kami berdua pun terus ke Bandar Baru Bangi untuk beli barangan muffin saya.

On the way nak balik ke Nilai, kakak ipar saya call. Dia kata dia tak sihat dan minta ambilnya di ofis kerana kepala dia pening sangat. Nasib baik kami ikut jalan Putrajaya sebab nak elakkan kesesakan highway PLUS (ada excident menuju ke selatan masa kami ke Bangi. Kereta beratur panjang). Lepas dari highway Putrajaya, hubby saya melilau-lilau cari jalan shortcut untuk ke Damansara bagi elakkan road block ISA. 2 jam juga kami baru sampai ke Damansara.

Bila di kakak ipar saya dah masuk kereta, hubby saya terus cadang pada dia untuk pergi klinik pakar untuk check sama ada dia terkena H1N1 ke tak (dia batuk2, demam dan selsema masa tu). Kami patah balik ke Bangi dan pergi ke Hospital An-Nur. Check punye check, Alhamdulillah dia tak apa-apa cuma sakit tekak dan demam biasa.

Sampai di rumah dalam pukul 4.15. Kami terus makan dan berehat kejap. Pastu terus bersiap-siap pergi ke Alamanda. Sampai di Alamanda dalam jam 6.30. Ingatkan petang-petang tak ramai orang rupa-rupanya lagi ramai. Parking bawah tutup sebab penuh terpaksa parking kat bahagian atas.


Sampai aje, laju kami berdua ke TGV untuk ambil tiket yang dah di booking. Ceria aje hubby saya coz akhirnya dapat juga dia tengok Transformers selepas bermacam-macam dugaan selama 2 bulan dan hari ni. Dah ambil tiket terus kami ke Nando's untuk makan sebelum solat dan tengok wayang.


Nando's memang best. Bila ke Alamanda, kalau tak ke Nando's kami ke A&W. Itu yang hubby saya suka sangat.


Pawagam yang kami tonton untuk cerita transformers. Penuh pawagam dengan penggemar 2 transformers. Cerita habis jam 11.10.

Saya dan hubby agree yang kali ni cerita transformers tak sehebat yang pertama. Walaupun ada banyak robot dan adegan transformers berlawan tapi banyak juga jalan ceritanya yang tergantung. Watak Megan Fox pun macam terlebih-lebih seksi pulak kali ni. Bak kata hubby saya, perempuan tu takde pun takpe. Kartun transformers pun mana ada watak dia. Menempel aje.


Sampai di rumah dalam jam 12.15. Penat betul badan. Esok pagi bangun awal untuk masak muffin yang diorder oleh kakak ipar saya. Busy lagilah nampaknya esok...

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...