Assalammualaikum dan salam sejahtera. Rasanya seluruh dunia telah tahu yang flotilla 3rd wave yang membawa misi kemanusiaan dari kapal conscience dan thousand madleens telah dipintas tentera si zalim. Mereka dipintas di perairan antarabangsa dalam lingkungan 120 batu nautika dari Ghazzah pada 8 Oktober 2025, sehari selepas 2 tahun peperangan di Ghazzah meletus. Mereka mula menyerang flotilla kecil dan flotilla pertama yang kena adalah Gaza Sunbird. Tidak lama kemudian, flotilla lain pula dipintas. Kapal besar conscience yang membawa hampir 100 orang aktivis dipintas dan ditahan dengan menggunakan kapal dan helikopter. Wow! Bersungguh-sungguh depa nak tahan geng makcik-makcik dan pakcik-pakcik ni.
No wonder mereka keluarkan ramai aktivis GSF semalam, rupanya nak masukkan geng-geng Freedom Flotilla Coalition pula. Namun, ada 6 lagi aktivis GSF geng si zalim ni tak keluarkan. Mereka adalah 3 rakyat Norway (2 lelaki 1 wanita), 2 rakyat Morocco (lelaki) dan 1 rakyat Sepanyol (wanita). Tak tahu mereka masih hold lagi 6 orang ni. Apapun, marilah kita sama-sama mendoakan untuk mereka. Berita malam tadi 9 Oktober menunjukkan mereka dihadapkan ke mahkamah di sana.
Geng FFC & TMTG ni pula, bila dengar berita alhijrah, mereka semua telah dipenjarakan dan kemudian dikasari secara fizikal ole pihak penjara dan tentera. Namun, tidak mudah untuk mereka menahan FFC & TMTG ni. Melihat kepada video yang dikongsikan di media sosial, kapten kapal Conscience, sorang wanita berusia 68 tahun, telah nekad mempertahankan kapalnya dan menyatakan
ketidakpuasan hatinya. Manakala organizer GFF, Huwaida Arraf pula melaungkan yang mereka akan terus belayar dan tidak percaya apa yang disarankan oleh tentera. Kata-kata beliau apabila diterjemahkan berbunyi sebegini, "Tentera laut Israel, sekatan kamu adalah tidak sah. Kamu telah dengan sengaja menzalimi dan menyebabkan kebuluran terhadap penduduk Ghazzah di hadapan mata dunia. Dakwaan bahawa kamu akan menghantar bantuan kemanusiaan ke Ghazzah hanyalah helah propaganda dan kami menolak kata-kata kamu itu. Walau apapun, sekatan kamu tetap tidak sah di sisi undang-undang. Hal ini bukan sekadar tentang penghantaran bantuan; kamu tidak mempunyai kuasa undang-undang untuk mengawal Ghazzah, maka segala sesuatu yang keluar masuk ke Ghazzah bukan urusan kamu tetapi urusan rakyat Ghazzah sendiri."Kenyataan media yang dibuat oleh MyCare pula malam tadi menyatakan bahawa ada para aktivis yang ditendang, dikasari, dicengkam kuat oleh pihak penjara. Tidak pasti dari negara mana tapi diharap kecederaan mereka tidak serius. Dan syukur Alhamdulillah, pada masa yang sama semalam, 9 Oktober 2025, Ham@s telah mengumumkan perjanjian peperangan dan pengunduran penjajah dari Ghazzah (gencatan senjata). Katanya perang akan ditamatkan, pengunduran tentera penjajah dan kemasukan bantuan serta pertukaran tahanan akan berlaku dalam masa terdekat (but still, lepas termeterai perjanjian, tentera2 mangkuk hayun ni, still buat macam biasa, geram aje hati).
Kalau ikutkan dari sumber al-Araby (Mesir), fasa pertama persetujuan gencatan senjata dan antaranya adalah kemasukan sebanyak 400 lori bantuan sehari ke dalam Semenanjung Ghazzah untuk 5 hari pertama. Selepas 5 hari pertama berakhir, bantuan akan memasuki Ghazzah tanpa had kuota yang akan diselaraskan melalui badan antarabangsa. Syarat kemasukan 400 buah lori bantuan tersebut adalah sebuah penggubalan terbaharu dalam gencatan senjata yang dilakukan.
Doa kami semua yang sayangkan keamanan, kemanusiaan, agama dan amanah berharap agar Allah permudahkan urusan mereka di Ghazzah, para aktivis yang ditahan juga rakyat Ghazzah di dalam penjara dibebaskan. Melihat pada kekejaman dan sikap tidak berperikemanusiaan yang tak terbayang ini membuatkan kita terfikir, barangkali peperangan di akhir zaman nanti pasti lebih buruk. Kita cuma berharap dan berdoa Allah bantu kita semua dalam mengharungi hidup yang tidak pasti masa hadapannya ini. Moga syurga yang tertinggi buat mereka yang syahid.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan