Assalammualaikum dan salam sejahtera. Bangun pagi tadi untuk subuh, dalam bilik air dah teringat para pelayar Global Sumud Flotilla. Mana taknya, sebelum tidur, tengok tracker sumud nusantara dulu. Kelihatannya mereka belayar elok cuba memasuki red zone kedua. Saya berdoalah apa yang patut untuk semua. Sambil nunggu azan habis berkumandangan, terus saya capai phone. Tengok berita mereka di telegram. Allah!! Kapal Alma dah dipintas, disekat dan ditahan para pelayar mereka. Saya tengok jam dikemaskini. 2.54 pagi. Hampir jam 3 pagi waktu Malaysia mereka ditahan.
Seingat saya, dalam kapal Alma, kapal utama Global Sumud Flotilla, ada committee mereka. dalam kapal ni ada Greta Thunberg dalam tu, ada Yasemin Acar, Tadhg Hickey, Thiago Avila, Mandla Mandela (cucu Nelson Mandela), Musa al-Nuwayri (pengasas Cinta Salam Malaysia), 2 orang lagi rakyat Malaysia dan beberapa lagi warga negara lain. Melihat kepada video yang tersebar di instagram,youtube, tiktok dan medsos lain, cara mereka ditahan sama seperti apa yang telah dijangka. Mereka ditahan di perairan antarabangsa. Kalau ikutkan pun, kapal-kapal tak pergi pun negara haram isnutrel tapi terus ke pantai Gaza hak milik palestin. So, takde kena mengena dan sebab mereka nak tahan. Plus, kalau ikutkan undang-undang, GSF ada hak untuk meneruskan pelayaran ke bumi Gaza atas dasar ini:
1. Konvensyen Geneva IV Artikel 59 - Menjamin laluan bebas bagi penghantaran makanan, ubatan dan bekalan kemanusiaan lain kepada penduduk awam.
2. Manual San Remo Para. 103 - Sekatan laut hanya sah jika tidak menyebabkan kebuluran beramai-ramai atau menafikan hak penduduk awam mendapatkan bantuan
3. Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) - Dalam kes South Africa vs Isnutrel, ICJ memerintahkan isnutrel membuka laluan darat dan membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan berskala besar. Perintah ini sah dan mengikut undang-undang antarabangsa.
4. Resolusi Majlis Keselamatan PBB (UNSC) - Menuntut pengaksesan kemanusiaan segera dan tanpa halangan demi mencapai gencatan senjata berpanjangan.
Selagimana flotilla membawa bantuan kemanusiaan sahaja, serangan atau rampasan ke atas kapal tersebut boleh dianggap pelanggaran undang-undang antarabangsa dan berpotensi sebagai jenayah perang
Empat info ini anda boleh dapat pencerahan di medsos Sumud Nusantara. Kiranya, kita orang awam, belajar sesuatu tentang apa yang berlaku dan bagaimana perlanggaran hak telah dibuat.
Melihat media sosial dan media-media lain, kelihatannya rakyat-rakyat di negara barat dan negara lain telah mula berhimpun menyatakan bantahan mereka kepada kerajaan dan memerlukan tindakan segera dilakukan bagi membantu pelayar dan rakyat Gaza yang terhimpit hampir 2 tahun ini. Rasanya semua orang dah cukup sabar dan rasa tercabar melihat keegoan, keganasan dan ketidakhatiperutan tentera zalim ini menganiaya orang awam. Sebagai manusia yang Allah berikan hati serta perasaan, mana mungkin kita melihat penindasan yang berlaku bertahun dan makin teruk dibiarkan. Kita tidak sekali-kali bersetuju dengan tindakan jahat ini. Ya Allah, moga barang bantuan dapat diselamatkan dan diberikan kepada penduduk Gaza. Bantulah mereka semua dan hanya pada-Mu kami memohon pertolongan.
![]() |
Negara-negara yang sedang melakukan protes dalam masa 8 jam penahan telah berlaku |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan