Assalammualaikum dan salam sejahtera. Innalillah hiwainna ilaihuroji'un. Hari ini, 13 Oktober, dunia dikejutkan dengan syahidnya Saleh Al-Jafarawi di Ghazzah. Di dibunuh dengan vest PRESS di dada dan ditembak 7 das tembakan sehingga meragut nyawa. Terkejutnya saya pagi tadi bila terbaca beritanya di medsos IG dan Threads.
Mula-mula baca beritanya, terkebil-kebil saya nak hadam. 'Betul ke ni? Takan Saleh mati kot? Beberapa hari lepas baru lihat dan share vtt yang dia annpounce pada rakyat Ghazzah akan ceasefire'. Saya cari lagi berita. Tak sampai beberapa saat, nampak land of palestine, palestine on plate, Imam Omar Sulaiman, Musa al-Nuwayri dan ramai lagi yang share tentang kesyahidannya. Allah... tak tahu kenapa rasa sebak. Rasa sedih sangat sangat.
Terbayang-bayang vtt dia masa mula-mula perang dulu di hospital al-shifa'. Dia laporkan tentang situasi di hospital, keadaan pesakit, pengeboman yang berlaku, keadaan kanak-kanak yang luka dan ada ibubapa mereka syahid dan juga akan ketakutan Saleh sendiri bila melihat banyaknya darah melukai para penduduk Ghazzah.
Penduduk dunia mengenali beliau sebagai seorang yang ceria, berani, baik dengan kanak-kanak, punya suara yang merdu bila mengalunkan ayat al-Quran dan syair Arab juga kelantangannya menyampaikan berita kepada dunia akan kekejaman yang terpaksa di hadapi setiap hari oleh penduduk Ghazzah akibat kezaliman dan kekejaman zionis. Watak tenang dan ceria Saleh seringkali dilihat bila bersama rakan-
rakan wartawan, orang awam dan kanak-kanak. Saleh Al-Jafarawi sejak awal perang di Ghazzah lagi sering mendapat ugutan bunuh dan sebagainya hanya kerana dia menyampaikan berita benar kepada dunia. Beliau tidak mengangkat senjata namun tetap juga ditakuti oleh rejim yang jahat ini. Hanya kerana beliau menyatakan kebenaran, memaparkan di media sosial apa yang berlaku pada negara dan rakyatnya dan memohon agar orang di luar Ghazzah membantu, maka dia diburu, diugut dan terpaksa berhadapan dengan kematian orang yang tersayang.Sebanyak 270 wartawan terbunuh semasa perang di Ghazzah ini. Mereka memang menjadi target utama penjajah, askar zionis dan militan dalam perang. Mereka diburu seolah mereka pula penjenayah. Dan info terbaru yang saya dengar di medsos, Saleh diculik, dipukul dan dibunuh oleh tali barut dalam kalangan rakyat Palestin sendiri yang mana mereka dibiayai oleh zionis. Orang sendiri yang menjadi pengkhianat selepas gencatan senjata ni. Ia seperti sejarah yang tertulis dalam sejarah sewaktu Perang Arab-Israel tahun 1948 dan 1967.
Ada video lama masa beberapa bulan perang meletus di Ghazzah. Para wartawan dan rakyat Ghazzah berehat sebentar untuk menenangkan hati selepas melalui beberap bulan yang sukar dan terpaksa menghadapi kematian ahli keluarga. Bila dengar mereka menyanyikan lagu Mawtini atau bermaksud 'Tanahairku', kita tahu betapa mereka tidak akan berganjak dari tanahair mereka hanya kerana kekejaman yang terpaksa dihadapi. Mereka akan terus berjuang kerana mereka yakin bahawa mereka di pihak yang betul dan mereka tidak akan sesekali mengizinkan tanah mereka dirampas begitu sahaja.
Saya dan kami semua yang mengenali Saleh al-Jafarawi di media sosial berdoa dan berharap agar Allah mengurniakan syurga tertinggi, syurga firdaus buat beliau dan rakyat Ghazzah yang lain. Moga Allah melindungi para wartawan, doktor, jururawat dan semua mereka yang membantu membangunkan Ghazzah kembali selepas pasca perang ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan