Assalammualaikum dan salam sejahtera. Demi Palestin, saya belajar makanan dan cara mereka. Moga satu waktu nanti kami dapat ke sana, bersolat di masjid ke-3 terpenting di dalam Islam.
Falafel ini ada banyak cara boleh makannya. Anda boleh makan begitu sahaja, letak dalam kebab, makan dengan yogurt atau makan dengan hummus. Mereka yang vegetarian sesuai untuk menu ni.
Bahan:
2 cawan kacang kuda (yang kering tu rendam 8-10 jam)
1 sudu kecil baking powder
1 cawan daun parsli yang dibuat batangnya
1/3 cawan daun ketumbar
1/2 biji bawang besar
7 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk biji ketumbar
3 batang cili hijau besar
1 sudu kecil garam
Minyak untuk menggoreng
Penyediaan:
1. Tapis kacang kuda yang telah kembang tadi. Masukkan dalam food blender kering kacang kuda, daun parsli, daun ketumbar, bawang besar, bawang putih, cili hijau, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, baking powder dan garam. Kisar bahan ini sehingga 95% lumat. Dah siap kisar, simpan adunan ni dalam peti sejuk selamat 1 jam sebelum menggoreng.
Oleh kerana blender saya kecil, 4 kali saya kena kisar bahan-bahan ni. |
Lebih kurang begini rupanya bila kisar.
Ini bila dah lumat lebih kurang 95% tu.
2. Bila nak masak, panaskan periuk kecil sebab nak goreng terendam falafel ni. Jika anda jumpa alat membentuk falafel, bagus. Jika takde, guna aje skop aiskrim tu. Ini bagi mendapatkan saiz yang sama bagi setiap falafel.
3. Bila minyak dah panas (guna api sederhana atau kecil sebab falafel cepat masak), kepal-kepal adunan kacang kuda tadi dan goreng terendam. Bolehlah letak 4-5 falafel sekali masak dalam periuk. Balikkan bila bahagian bawah sudah hampir coklat. Bila nampak dah masak, bolehlah angkat. Goreng batch seterusnya.
Bila falafel ni banyak, boleh aje brought forward makan esoknya. Sebab encik suami seronok aje makan falafel dengan nasi. Katanya lebih kurang macam makan bergedil atau vadey.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan