Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Rabu, 10 Januari 2024

Cucur sayur kembung yang mantap


 Assalammualaikum & salam sejahtera.

Cucur sayur kembung. Rahsianya, letak yis dalam 1/2 paket. Lepas bancuh, simpan jap dalam sejam, InsyaAllah elok kejadiannya.

Bahan:
1/2 pek kecil yis
1 tangki cili besar dihiris
1/2 labu bawang merah dihiris
1 batang lobak merah diparut
1 genggam taugeh
1/2 genggam daun parsli
1 biji telur
3 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
2 1/2 cawan air (jika adunan pekat, letak air sedikit demi sedikit untuk dapatkan adunan yang sederhana pekat)
Minyak untuk menggoreng

Penyediaan:
1. Dalam 1 cawan air suam, masukkan yis. Kacau sebentar dan rehat 10 minit. Kemudian, masukkan taugeh, daun parsli, cili, bawang, lobak dalam satu bekas. Gaul.
2. Masukkan pula tepung, garam, telur & air. Gaul hingga mesra. Tambah air jika adunan pekat atau tambah tepung sedikit jika adunan cair
3. Biarkan adunan mesra dalam 1 jam paling ok. Selepas itu, gaul adunan tadi dan panaskan kuali dan minyak. Goreng sejemput demi sejemput sehingga warnanya kekuningan. Angkat dan toskan. Siap.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...