Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Ahad, 13 Disember 2020

Resipi mi goreng mamak warna merah


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Selalu kita makan kedai mamak, ada beberapa menu dia warna merah semacam tapi tak pedas. Nak tahu rahsianya?

Serbuk dalam tin yang bertulis Bush orange red powder tu lah yang menaikkan warna makanan mereka. Serbuk ini dibawa khas dari India. Serbuk ini selalu digunakan dalam menu biskut, aiskrim, ayam goreng, nasi, mi dll. Harganya tak mahal. Dalam range RM5-7 sekotak. Guna hanya SECUBIT atau 1/4 sudu kecil aje.

Bahan:
1 pek me kuning dicuci bersih
1 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
3 batang sosej dihiris serong & digoreng sekejap
1 biji kentang dipotong dadu digoreng sekejap
2-3 sudu besar cili giling
1 cawan air (untuk masakkan cili sebentar)
17 fish ball dipotong dua (letak aje apa yg ada dlm fridge)
3 sudu kicap biasa
2 sudu kicap pekat
1 biji telur
1 ketul tauhu putih
3-5 tangkai sawi pendek dipotong
Secubit pewarna merah Bush
4 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa

Penyediaan:
1. Panaskan minyak & tumis bawang merah & putih
2. Bila dah garing sedikit, masukkan cili giling & gaul sebentar. Masukkan pula air & kacau. Biarkan masak sebentar.
3. Bila kelihatan garing sedikit, masukkan potongan fish cake/fish ball/ayam. Kacau.
4. Masukkan kicap biasa, kicap pekat & pewarna bush. Gaul semuanya agar sekata. Tambahkan sedikit air jika nampak kering.

5. Masukkan pula telur & kacau sedikit. Kemudian, masukkan mi, kentang, sosej & sayur. Masukkan tauhu yang diramas. Kacau sehingga sebati. Jika tak berapa basah, tambahkan sedikit air & sos tiram.
6. Bila dah masak, masukkan mi dalam mangkuk besar. Hidangkan begitu aje atau boleh letak hirisan cili, daun bawang atau belahan limau kesturi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...