Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
Jumaat, 11 Disember 2020
Resipi Kuih Bakar Bijan yang mudah
Assalammualaikum & Salam Sejahtera...Bila dah beli bijan haritu, makanya harini kita buatlah kuih bakar ada bijan atasnya. Alhamdulillah sedap lepas kuih dah sejuk & boleh dimakan.
Bahan:
3 biji telur gred A
400 gram tepung
2 cawan gula pasir
6 cawan santan pekat (saya guna 500ml santan kotak & tambah air untuk jadikan 6 cawan)
½ sudu kecil garam halus
Sedikit pewarna hijau
1 sudu besar bijan
Penyediaan (Guna loyang 10x10):
1. Panaskan oven pada suhu 200°.
2. Loyang dilenser dengan mantega & kemudian taburkan tepung gandum untuk menutupi semua bahagian yang dilenser tadi. Kemudian diketuk ketuk untuk membuang lebihan tepung gandum.
3. Dalam bekas besar, masukkan telur & gula. Gunakan mixer & putar hingga adunan kembang & gula hancur. Masukkan pula santan, tepung gandum, pewarna hijau & garam. Kacau hingga sebati.
4. Tuang adunan ke dalam loyang perlahan-lahan. Masukkan dalam oven & bakar selama 25 minit & kemudian baru ditabur bijan di atasnya. Jika tabur awal, bijan akan tenggelam.
5. Bakar selama 1 jam atau 1 1/2 jam atau sehingga warna di atasnya bertukar coklat kehitaman. Setelah masak, keluarkan dari oven & biarkan ia betul-betul sejuk baru dipotong. Kiranya, biarkan sejuk sendiri dalam 2 jam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan