Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Khamis, 10 Disember 2020

Kek Lemon Bermentega @ Lemon Butter Cake yang akhirnya jadi juga


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Boleh bilang dengan jari, berapa kali aje dalam setahun saya buat kek. Kek dengan saya memang tak berapa ngam. Kalau tak bantat, hangit. Hmmm...

Tapi Alhamdulillah kali ni jadilah juga walaupun ada gelembung-gelembung hitam sikit. Bak kata adik ipar, kena kenal oven. Hmmm... Nak kenal camne ni, link pun tak berapa ngam dengan menu kek ni. Anyway, tq @melissadarabian for the recipe. The recipe is easy & delicious.

Ni resipinya kalau ada yang nak cuba. Saya guna loyang besar tapi resipi asalnya guna loyang kecil. Saya doublekan the portion.
Ni resipi asalnya.

Bahan:
1/2 cawan mentega suhu bilik
1/2 cawan gula caster
2 biji telur saiz A suhu bilik
1 sudu kecil vanila
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar jus lemon
1/4 sudu kecil parutan kulit lemon (lemon zest)

Penyediaan:
1. Dalam satu mangkuk, satukan tepung, garam & baking powder. Ketepikan.
2. Kemudian, panaskan oven 175°c api atas bawah. Lapikkan loyang saiz 8 inci dengan baking paper & sapukan mentega kelilingnya. Ketepikan.
3. Pukul mentega & gula sehingga adunan gebu menggunakan hand mixer selama 3-4 minit. Selepas itu, masukkan telur satu persatu diikuti dengan vanila.
4. Masukkan separuh daripada campuran tepung tadi ke dalam adunan & pukul dengan hand mixer hingga sekata. Masukkan pula jus & parutan kulit lemon. Campurkan & masukkan baki tepung tadi. Pukul sebentar & masukkan adunan ke dalam loyang.
5. Bakar adunan lebih kurang 20-25 minit sehingga atasnya garing. Setelah masak, keluarkan dari oven & biarkan ia sejuk. Siap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...