Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Sabtu, 14 November 2020

Resipi rendang daging yang sedap


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Seumur hidup saya, tak pernah le masak rendang daging sorang-sorang. Selalunya akan jadi sous chef untuk Hajah Inon & Hajah Jaliah. Dan kali ni, saya cuba masak sendiri guna resipi dari @aziekitchen . Alhamdulillah jadi & sedap. Rudy siap ratah-ratah lagi.

Ini bahannya untuk 700g daging.

Bahan:
700gm daging dihiris lawan urat
1 kotak kecil santan (kara)
1.5 liter air
2 batang serai diketuk
3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar kerisik
1 helai daun kunyit dihiris halus
2 keping asam keping
1 sudu besar garam
90 gram gula Melaka
½ cawan minyak masak

Bahan kisar:
2 biji bawang besar
2 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 batang serai
7 tangkai cili padi

Penyediaan:
1. Panaskan minyak & tumis bahan kisar, cili kisar & serai hingga naik bau. Masukkan daging & masak seketika sebelum masukkan air. Masak guna api sederhana & kacau sekali sekala.
2. Apabila air hampir mengering & daging dah lembut, masukkan santan, asam keping, garam & gula.
3. Bila hampir kering, masukkan kerisik. Kacau hingga mesra. Setelah rendang mengering mengikut tahap disukai, masukkan daun kunyit yang telah dihiris halus. Kacau & tutup api. Siap untuk dihidang.



Tiada ulasan:

Catat Komen

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...